dari zaman student aku merupakan seorang blogger...Ya Allah masih ampuh lagi ingatan aku boleh ingat password blog ni...
begitu banyak perjalanan yang tidak terungkap selama 2 tahun tak menulis... begitu banyak tak terkongsi dan hanya pendam seorang diri.
Alhamdulillah...terima kasih kepada yang follow aku...walaupon dah 2 tahun TAK PERNAH buka blog aku ni,masih ada follower yang sudi baca,sudi komen post aku... terharu :') minta maaf bebanyak setelah 2 tahun baru aku baca komen korang..
Terharu lagi sebab masa pergi bazaar Ramadhan baru-baru ini, ada seorang hamba Allah datang dan tiba-tiba salam aku... sambil berkata " akak,saya dulu selalu baca blog akak..akak dah tak tuils lagi ke?"
Ya Allah.. dalam hati aku,tak sangka ada jugak orang sudi baca blog aku yang merepek kerepek ni...
InsyaAllah kalau ada rezeki lebh, aku nak beli laptop dan boleh lah sambung menulis lagi.. laptop yang dulu aku bawa ke hulu ke hilir dah patah tengkuk dan sekarang ia hanya mampu berjasa jadi "PC komputer" pejabat aku.
terima kasih sekali lagi kerana masih sudi mengikuti perjalanan hidup aku dalam blog ini... :)
rindu semua...selamat menyambut bulan Ramadhan jangan ponteng-ponteng ye.. :)
kasih sayang oleh ;
cik aifa afiqah
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/