pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Sunday, December 19, 2010

ape itu Occupational therapy????

salam...kawan2 semua....kali ni....saye nk beri info sikit pasal my future job....ramai yang tak pernah dengar ape itu Occuppational Therapy atau dlm bhsa melayu nye Jurupulih perubatan Carakerja...agak berbuih la nk menerangkan kat orang ramai pasal course saye nie..hehe akhirnye sng cerita saye jawab..ala.....macam fisioterapi...tapi we're not fisio ok...we're OT...
ok...ni saye ade bebrape info pasal course saye...hehe let us know what is OCCUPATONAL THERAPY is really about..hehe...



PEMULIHAN PERUBATAN CARAKERJA (TERAPI CARAKERJA)

General OT PEMULIHAN PERUBATAN CARAKERJA (TERAPI CARAKERJA)

Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.

Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan. Tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit:-

• Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)
• Menyumbang kepada produktiviti (Work)dan
• Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure)

haa...ini lagi tentang ape itu OT sebenarnye..hehe

Deskripsi Tugas:

Khidmat Teraputik dan Pemulihan
i) Merancang program rawatan
ii) Melaksana program rawatan
iii) Menilai program rawatan dan progres pesakit
iv) Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit
v) Mengendalikan bengkel industri
vi) Menguruskan pusat-pusat jagaan harian

Khidmat Pencegahan, Promotif dan Rundingan

i) Memberi nasihat mengenai penjagaan kesihatan personal.
ii) Menyediakan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga pesakit supaya ketidakupayaan pesakit tidak menjadi lebih teruk.
iii) Menyediakan program kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja.
iv) Khidmat nasihat bagi tujuan pengubahsuaian rumah, bangunan awam dan persekitaran supaya sesuai dengan ketidakupayaan pesakit.
v) Menjalankan kempen kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemulihan.
vi) Bekerjasama dengan PERKESO untuk tujuan penilaian dan rawatan ke atas pesakit yang cedera ketika bekerja.
vii) Menasihat pihak yang terlibat supaya menyediakan kemudahan awam untuk mereka yang tidak berkeupayaan dan golongan tua.

Mulia kan keje kami???? hehe so...same2 lah menghargai JURUPULIH CARAKERJA Kat luar sane..hehe.....saye dah terangkan dalam bahasa yang paling mudah untuk anda semua untuk mengenali kerjaya ini...sesungguhnye...kita akan berasa sangat seronok melihat orang lain menjadi normal seperti kite kan...heee =)



1 comment:

Anonymous said...

hai akak . heheh , saya dapat spa jugak tapi baru nak interviw la . dapat banyak juga latihan tapi dalam banyak2 latihan OT nie paling susah nak cari maklumat dalam google . nak tahu mcamna belajar dia ? best tak ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...