pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Sunday, November 6, 2011

Tatapan untuk bakal Suami (iktibar untuk semua)

Assalammualaikum dan salam aidiladha kepada semua pembaca blog cik Aifa...maaf sesangat sebab dah lama sangat aku tak update blog.Raya haji ni pon tak dapat balik kampung memandangkan final exam.sedih.Di kesempatan ni,aku ingin mengucapkan selamat Raya Haji kepada semua. :)

untuk kali ini,aku ingin menulis cerpen yang diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada perokok-perokok di luar sana.

______________________________________________________________________________

 Nama aku Ani.Aku mempunyai seorang suami yang sangat penyayang.Alhamdulillah..kehidupan kami sangat bahagia sehingga kami di kurniakan 4 orang anak.Tapi sudah ketentuan Allah Taala..dua orang anak kita istimewa....aku tetap bersyukur kerana mereka hanya kekurangan dari segi fizikal tapi dari segi mental diorang amat cerdik.Aku juga bersyukur kerana baru-baru ini aku telah selamat melahirkan seorang bayi yang sangat comel.

Aku merupakan seorang penghidap leukimia tapi alhamdulillah aku masih dipanjangkan usia oleh Nya....aku bersyukur mempunyai seorang suami yang sentiasa memberi semangat kepada aku.Aku amat menyayangi beliau.Aku bertuah kerena memilik seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab walaupon kehidupan kami tidak semewah orang lain.Dia adalah segala-galanya untuk aku dan anak-anak.

di suatu malam..

aku melihat suami aku batuk-batuk..teruk sangat...aku menjadi risau..tapi dia kata dia tidak apa-apa..hanyalah batuk biasa.Aku tahu dia seorang perokok.Jadi aku takut jika berlaku apa-apa pada suami aku..tempat aku bergantung hidup..tempat aku mencurah kasih sayang.

Batuk-batuk yang dialami suami aku menjadi semakin teruk dari hari ke hari.....

aku mulai risau dan memaksa beliau untuk pergi membuat pemeriksaan di hospital.Doktor mendiagnosakan suami aku mempunyai paru-paru berair.Ya Allah begitu hebat dugaan kau berikan kepada aku...

Tabahnya seorang suami walaupon beliau sakit,beliau tetap bekerja....suami aku langsung tidak menghiraukan kesihatan beliau dan bekerja seperti biasa....

***********************

Walaupon suami aku tsakit tetapi beliau masih ringan tulang untuk membantu orang kampung untuk menyimen lantai rumah..dari situ bermulalah episod duka aku.

Sedang suami aku giat melakukan proses menyimen,beliau batuk-batuk dan kali ini bukan seperti batuk biasa.Batuk beliau berdarah! kami terus menghantar suamiku ke hospital tetapi malangnya hospital daerah menolak untuk membuat rawatan ke atas suami aku.Suami ku di hantar ke hospital Negeri.

Doktor menyatakan bahawa suami aku sedang mengalami saat-saat kritikal.Ya Allah...aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi...

Doktor berkata bahawa risiko apabila melakukan pembedahan ini ialah suami aku akan koma dan peluang untuk hidup adalah 50-50.Sama ada hidup atau....arrgghh aku tak sanggup untuk katakannya lagi...

aku hanya mampu tawakal dan aku harapkan kali ini pembedahan berjaya dilakukan....

di saat katil suami aku di tolak masuk ke dewan pembedahan..suami aku ada berpesan dan kami sempat lah berbual sedikit...

"Ani...doakan abang ok...nanti abang dah sihat kita jalan-jalan ye.." kata suami ku

"Ani sentiasa doakan abang......abang kena kuat tau..demi anak-anak kita..demi bayi kita ni.."

"Ala ani....ani tak ada abang pon Ani kuat kan..abang tahu ani kuat tau..."

"Ala...ani tak nak lah jadi janda muda...hehe"gurau aku....

"Ani...abang tak ada nanti jaga diri..jaga anak....jaga mak abah...ingat..abang sentiasa sayangkan ani tau..abang minta maaf jika abang ada buat salah kat ani..."

Itulah perbualan aku dan suamiku sebelum katil suamiku ditolak masuk ke dewan pembedahan.Sempat lagi suami aku menunjukkan isyarat 'thumbs up" kepada aku.

**********************************************

setelah beberapa jam menunggu di luar dewan pembedahan doktor yang melakukan pembedahan ke atas suamiku berkata kepada aku bahawa suami aku sedang kritikal dan koma.

Ya Allah berderai air mata aku jatuh......terasa longlai tubuh aku...........Kuatkan aku.....Ya Allah selamatkan suami aku................

*********************************************

sudah beberapa hari suami aku tidak sedarkan diri...............aku pasrah.....

"ambillah nyawa suami aku..jangan kau seksa beliau lagi...."

tet...tet..tet...tetttttttttttttt....................................

inalillah.....suami ku telah pulang ke pangkuan Ilahi....aku sedih teramat..aku tidak mampu berkata apa-apa..Hanya Allah sahaja memahami perasaan aku saat itu....aku kini membesarkan sendiri anak-anak aku..aku kesal kerana bayi yang kami  lahirkan tidak sempat mengenali siapa ayahnya..tapi aku akan pastikan anak-anakku sentiasa ingat arwah ayahnya...............

*Al-Fatihah kepada pak cik ku Allahyarham Fazli bin Ishak yang beru meninggal dunia pada 5/11/2011.


pesanan aku kepada suami-suami...perokok-perokok...ingatlah pada orang yang tersayang....sanggupkah anda lihat orang yang anda sayang menangis meratapi pemergiaan anda...sanggupkah anda menyakiti tubuh anda sendiri...sayangi diri anda...sayangi orang yang menyayangi anda...

p/s : cerpen ini adalah rekaan semata-mata tetapi ia merupakan satu kebenaran yang mungkin pernah terjadi pada seseorang...Allahualam...






kasih sayang oleh ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...