pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Wednesday, June 29, 2011

cik Aifa dan orientasi part 1

salam sayang semua.....

acHoOOMmmM! Dah bersarang lebah dah blog cik aifa ni tak hupdate dari hari bila entah.

untuk pengetahuan uoolllssss....cik aifa sekarang dah balik semula ke kolej tercinta...dan bermulalah hari-hari busy cik aifa sebagai seorang pelajar..

tapi kuliah belum start lagi..cik aifa kena datang awal sebab kena handle orientasi kolej.

ini merupakan kali pertama cik aifa kena handle orientasi besar macam ni.

seram pon ada jugak. =.='

ok cik aifa akan lead untuk bahagian KEKKWA.

nak tahu tak KEKKWA tu apa?

KEKKWA tu macam bahagian KEBUDAYAAN lah kiranya..

tu je lah bakat yang ada dalam diri cik aifa ni.

kalau suruh cik aifa masuk bahagian Sukan..harapan! tak ada bakat langsunglah! lari pon macam itik.hahah



ehhhhh junior dah lari pulak! okey-okey aku nak pergi kejar junior ni.


ok bye.


p/s : jangan rindu aku tau korang..sebab aku maybe tidak akan update blog aku buat seketika.tanggungjawab mesti diutamakan.
insyaallah kalau ada masa nanti aku update ok.kalau lah...tak janji..haha...


*nak juga tepek gambor bebesor =.='


ok bye...salam sayang + rindu daripada cik aifa :)


kasih sayang oleh ;

Friday, June 24, 2011

10 perkara paling memalukan Cik Aifa


salam sayang semua...sihat tak korang ni??harap-harap korang sihat belako..kalau tidak sapolah nak jenguk den punya belog yang hina nie...sobs~

entry kali ni aku nak kongsi PENGALAMAN PALING MEMALUKAN SEPANJANG AKU BERGELAR MANUSIA.. (habis sebelum ni aku apa?) HAHA..sengal~

aku ni memang kuat ingatannya sebab aku selalu makan kismis..haha..ok tipu.

*aku malu nak cerita


ok..lets begin our story~

1. masa aku tadika,aku pernah muntah atas kawan yang duduk sebelah aku.mungkin aku
mabuk tengok ABC kot.

2. masa sekolah rendah,kawan aku pernah tarik seluar tracksuit aku sampai menampakkan
sepender aku dan sehingga kini kalau ada kawan-kawan sekolah rendah,berjumpa dengan
aku pasti diorang ingat kata-kata hikmah ni "pink colour"......." (korang pikiaq lah sendiri
kenapa dorang kate cengitu)

3. pernah bergaduh dengan budak yang tarik seluar aku di depan surau sehingga kena panggil
naik bilik guru oleh mak aku sendiri akibat susulan peristiwa di atas.

4. pernah masuk pertandingan bercerita kisah nabi peringkat daerah dan aku terlupa
skrip.akhirnya,aku ulang dan ulang perenggan yang sama sehingga pengadil beri Q suruh aku
stop. =.='

5. aku pernah masuk pertandingan cheerleading masa kat sekolah menengah.aku sangat malu
terlompat-lompat di atas pentas.dan akhirnya kami semua menangis kemaluan di belakang
pentas. sobs~

6. aku pernah masuk TIGS IDOL semasa di sekolah menengah dan menyanyikan lagu On The Jet Plane.tapi aku gigil giler sampai rentak yang slow jadi macam rap.jadi,aku kalah dan tak
tunjuk muka lepas turun pentas.Balik dengan kemaluan sendiri.Bahaha!

7. masa kat matrik,aku pernah tersalah masuk tutor.sebab aku sesat di dalam matrik masa
minggu pertama kelas =.=

8. masa kat matrik,aku minat seseorang ni.aku selalu intip dia.jeling dia.ekori dia ke mana
sahaja.bila aku pikir balik,ooooww buduh aku..memalukan!

9. ni pula masa dah masuk kolej...masa semester satu,kami semua yang perempuan kena pakai
baju kurung sekolah dengan kain hitam.satu hari tu,seorang kawan lelaki aku ni memanggil
aku.nama dia F.aku ingat dia nak kata aku comel ke apa.rupa-rupanya... "aifa..ko cuba
tengok kain ko tu." ARGGGGGHHH!! aku makhluk tuhan paling sexy!!! terbelah
sampai ke betis! =.=! jalan penyelesaian : stapler kain tu.

10. ini masa kat kolej gak.masa ni aku dah semester 2.sekali lagi kejadian memalukan.si budak
laki F ni memanggil aku.ingat dia nak kata aku semakin comel.rupa-rupanya... "aifa...ko lain
kali butang baju elok-elok" ARGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! aku
TERlupa satu butang baju uniform aku nak dikancing!! Aku MALU!

kenapa mesti kau wahai F yang sentiasa nampak benda memalukan!!??

kalau nak di ceritakan lagi,memang banyak lagi kisah memalukan yang pernah berlaku dalam hidup aku,kamu dan korang semua...tapi ini adalah antaranya lah....benda yang memalukan yang pernah berlaku ni lah yang sentiasa membuatkan kita gelak sorang-sorang macam orang giler..betul tak?
*nasib baik aku tak lah pemalu sangat...kalau anda malu,cecuba buat muka di atas.comfirm anda tak tahu malu! HAHA


harap-harap tiada lagi benda memalukan berlaku.SOBS~



kasih sayang oleh ;

Wednesday, June 22, 2011

cik Aifa melayan Lesbian

salam sayang semua.....

assalammualaikum kepada umat seluruh alam semesta...

cik aifa punya mata telah menjadi seperti seekor panda comel di negeri china di tambah pula dengan eyebag yang boleh menjadi tempat takungan air semata-mata ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua..

kerjaya sebagai baby sitter tidak menghalang aku untuk terus berkongsi apa yang aku alami di dalam hidup yang penuh pancaroba..cehh bermadah helah plak aku..haha!

ok straight to the point..

korang tengok muka aku ada muka lesbian tak?

*sape jawab ye memang kena penerajang kaki gajah dengan aku.

aku menahan biji mata aku dari terus tidur semata-mata untuk melakukan kerja lagha ini.iaitu print screen conversation kami. ini bukan nak memalukan mana-mana pihak.ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua.


*aku cuba untuk mendapatkan kepastian


*aku cuba tanya dan dia cakap dia suka menjadi seorang lesbian


*dan akhir sekali aku menasihati dia dan jawapan yang di beri hanyalah TQ.

kepada si dia,aku harap dia dibukakan pintu hatinya suatu hari nanti.

dan aku telah bertanya kepada dia :

"kenapa dia tak suka lelaki?"

jawapannya :

"dah serik untuk bercinta lagi.cukuplah sekali"


putus cinta dan menjadi seorang lesbian bukan suatu tindakan yang betul sayang....

ingat lagi tak entry yang aku pernah cerita pasal hubungan sejenis tu...kalau tak ingat refer [SINI]

sedih apabila terjadi perkara macam ni terutama dalam masyarakat kita ni....

tak tahu nak tulis apa lagi...hanya mampu mendoakan yang terbaik buat saudara islam aku itu..

salam... :)




kasih sayang oleh ;

Tuesday, June 21, 2011

wordless wednesday : gelagat budak kecil


salam sayang semua..

korang lihat gambar di bawah ni dan nilai sendiri.




*mak! caye suke larh naik benda nie! laju lagi!






*oooooo......nak start dari mana ni ye? =.='




*mak...caye nak lumba lari ni..tepi cikit!





gambar-gambar ni aku originally snap masa tengah tunggu bus di bandar tasek selatan dan semasa ikut ayah aku pergi Rengit,Johor.



kasih sayang oleh ;

blog aku kena HACKED

salam sayang semua....

hari ini....

aku nak tanya...ada sesiapa kenal budak sesat ini?

kenapa dia sesat di entry aku lak ni??!

siapa yang HACKED??!!

oooooo bukan lah...aku saje jep nak letak gambar budak gendol ni....

entah apa-apa..


*bajet ensemmmmm kunun


SIAPAKAH DIA INI????

suka sangat nak masuk blog orang kan??kan dah masuk.
ok fine.teddy bear nak besau-besau ok budak di atas!



kasih sayang oleh ;

Monday, June 20, 2011

cinta hatiku

salam sayang semua...rasa-rasanya cik aifa kita ni tak pernah lagi bercerita tentang kisah cinta nya kan??

ye..memang tak pernah pon....

kalau ada pon,non hado dan hape pon tak boleh!

pehh kalau nak cerita kisah cinta cik aifa ni..memang menitik lah ayer mate nie....sadis giler..HAHAH

so better tak mo citer..hahahha!!! nehiii...nehii................................

tapi jujur lah aifa kata,sejak dua menjak ni aifa sering tacin macink ler sama kawan aifa yang sudah berpunya...wuwuwu...

hati ingin berkapel,tapi entah lerrrrrrr~

mungkin tak mahu pisang berbuah banyak kali kot!

tapi jujurnya,memang sunyi habis lah hati aku ni......cewah!

ishh bapak geli aku nak tulis pasal ni....

tapi iye la kan...kau lah boipren aku wahai blog.....tak ada kau,aku tak ada tempat nak berkongsi cerita....cehh~

sejujurnya ak macam FOBIA ler nak bercinta.....

well....

pada awal perkenalan...si lelaki kata kat aku...aku lah bulan,aku lah bintang......tapi bila dah hujung perkenalan aku lah bulan mengambag..cettt!

pada awal perkenalan..si lelaki wish morning,night,evening,subuh,imsak segala....tapi akhir perkenalan....satu mesej pon non hado....

pada awal perkenalan...si lelaki berjanji akan setia dan aku lah yang terakhir...tapi bila dah bosan..."kau boleh tak jangan ganggu aku lagi?"

pada awal perkenalan....1 minit lambat reply mesej dia...sepuluh mesej penuh dalam inbox aku...akhir perkenalan,aku pulak yang terhegeh-hegeh cari si lelaki yang menghilang tak tentu pasal....oooo rupa-rupanya dok menggatal dengan kawan aku sendiri..paham-paham...

pada awal perkenalan..."i rindu lah kat you,bila cuti sem kita jumpa ye syg..."..pada akhir perkenalan,aku dok macam orang giler tunggu dia yang tak datang-datang dan memang tak datang! ciss!

sebab tu aku malas giler melayan lelaki yang cuba berkata-kata manis aku..hey man..kenapa la kau ni tak berhati perut ha??

masa aku tak nak terima lamaran kau jadi girlpren kau,kau dok merayu-rayu kat aku kan??sampai kau berjanji segala janji lepas tu sesenang kau nak mungkiri!!

lepas aku dengan rela hati nya menerima lamaran kau tu,kau lah manusia paling sweet aku pernah tengok..tapi hakikatnya sweat lah lu! kau sesenang mainkan perasaan aku dan sesedap kau,kau kate kau memang tak anggap aku sebagai gurlpren kau! hampeh lah kau! yang berbulan-bulan dok berkapel dengan aku,bersayang-sayang segala tu apa???!

hey man.....kau tahu tak,kau lah makhluk paling kejam sebab senang lenang kau nak mainkan perasaan perempuan! kau kalau tak nak serius bercinta baik tak payah! kau jaga lah ego kau bebaik!


*********************************************

*aku tahu aku terlampau comel untuk kau sebab tu kau mainkan perasaan aku kan?kn? kalau kau nak tahu...aku menyampah dengan lelaki yang tak hormat perasaan orang ni.

itulah al kisah sadis yang mengemokan diri ini apabila berkata tentang cinta...walaupon sudah agak lama berlalu..tapi,aku masih ingat semua yang kau pernah buat pada aku.

p/s : first time ni aku emo.hahahhahaha!!! (tiada kaitan dengan sesiapa entry ni..aku tujukan pada bantal aku jep ni) heheh

btw, aku nak memperkenalkan someone pada korang...siapakah dia tu?mungkinkah "there's hero...." see you on my next entry..

kbye...salam..muah~


keep on smiling bak kate azrijohan.hahaha!



kasih sayang oleh ;

[fan page bajet top]

harap maaf.

fan page cik aifa terpaksa aku delete.

sebab?

aku kan bajet popular.

aku kan giler publisiti.

ok fine!

hape pon tak boleh!

kbye!



kasih sayang oleh ;

[tiadA tajuk]

apa anda rasa kalau semua gambar yang kita ambil bersama kawan lama hilang begitu sahaja dan tak boleh recover balik?

A : rasa macam nak baling camera dan nak lari keliling rumah

apa anda rasa kalau kita dah siap-siap nak keluar pergi jalan lepas tu tetiba senggugut @ sakit perut teramat datang menyerang?


A : rasa macam nak batalkan rancangan untuk keluar dan telan panadol walaupon belum makan.ingat boleh sembuh,tapi akibatnya muntah-muntah.

Apa anda rasa kalau kepala anda tetiba di serang migrain tetapi anda tak boleh tidur?

A : rasa macam nak letak minyak kapak dalam mata supaya mata boleh pejam.

Apa anda rasa kalau pukul 4 pagi baru dapat tidur tetapi telah di kejutkan pada pukul 5.30 pagi?

A : rasa macam ArrGggGghHHhHHh!!!!



mak aiiiii...aku rasa malam tadi adalah malam paling disaster bagi aku lah!!







kasih sayang oleh ;

Saturday, June 18, 2011

kisah sebenar Cik Aifa yang sadis

assalammualaikum dan salam sayang semua...

aku hari ini ingin membuka segala rahsia...

ingin berkongsi...

bahawasanya....

sila baca dengan penuh perasaan...

korang bacalah ye...

ini rahsia antara kita..

-



-





-



-
(tajuk adalah perhiasan dunia)

actually,


hari ini cik aifa mahu mengucapkan ribuan Tahniah kepada mama aku!

sebab mama aku telah..


-



-




-


-


menerima anugerah...

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


mama aku yang pakai tudung pink striking (cantik macam aku gak mama aku ni)

alhamdulillah...penat lelah mama aku bekerja sebagai seorang guru selama 20 tahu terbalas juga... :)





Ni pulak untuk ayah aku.. :)

-


-



-




-



mama jangan jeling ayah macam gitu dong :) haha

HAPPY FATHER DAY AYAH!!!

terima kasih sebab sudi jaga ika yang nakal ini...
terima kasih sebab sudi jadi ayah yang sangat lawak dan baik...
terima kasih sebab belikan ika susu,lampin.mainan dan macam-macam lah masa ika jadi baby yang comel dulu..haha
terima kasih sebab bagi ika duit kalau ika tengah kering =.='
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA!!

with love,
anak yang comel lagi ngengade



tu cerita pasal mama dan ayah aku...ni pasal si DORA THE EXPLORER..iaitu adik ICHA aku yang aku jaga tu..

-




-




-


-






PAGI :
buatkan dia susu.
tengok kartun dengan dia
mandikan dia
tengok kartun
suap sarapan
pergi jalan rumah atuk

PETANG :
tidur (aku je)
jalan-jalan kat halaman rumah (kalau rajin)

ni pasal kakak si DORA pulak


_



-




-



-

-


lepas selesai semua tugasan,
aku tengok TV
cerita yang aku paling suka time malam-malam.
dalam pukul 1 atau 2 pagi baru aku tengok cerita tu.

maaf...mungkin ni boleh jadi statement PANAS...

mungkin lepas ni akan ada orang yang buatkan page untuk aku kat FB

mungkin ranking ADINDA MILANO EVANS akan menurun

mungkin followers aku akan bertambah mengalahkan YUYU ZULAIKHA atau CIK EPAL..

-



-



-



-


-

Aku tengok NATIONAL GEOGRAPHIC la...

tak pon HISTORY CHANNEL

aku minat giler kot!

lagi-lagi dokumentari ni :

1. Lost tapes
-pasal video yang sempat dirakam sebelum mati akibat kejadian dasyat

2.american pickers
-pasal orang kutip sampah yang berharga.

3.air crash investigation
-pasal kapal terbang terhempas

4.taboo
-pasal pantang larang masyarakat negara lain

5.the amazing videos
-pasal video2 yang mengerikan dan mendebarkan


banyak lagi la kalau aku nak ceritakan..kesimpulannya aku memang minat giler dengan cerita yang kisah benar ni.syok habis!

itu sahaja laporan cik aifa untuk entry kali ini.. :)


p/s : aku tak tengok Nora Elena tapi aku tengok cerita Cinta Melody. :)


kasih sayang oleh ;

Friday, June 17, 2011

Girls School VS GEDIK?

assalammualaikum dan salam sayang semua....

malam ni aku nak kecoh pasal perempuan ni....

sebenarnya pasal pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah semua perempuan...senang cerita student semua gegurl la..

aku pon one of them so aku nak cerita lah serba sedikit pengalaman aku yang pernah bersekolah di sekolah GIRLS ni....

*aku suka melawat zoo melaka :)

mesti ramai yang melabelkan budak-budak sekolah GIRLS ni mesti ada kaitan dan bersangkut paut dengan perkataan @ perangai mereka yang gegediks..

oooo you......not all ok.....itu semua certain-certain yang terlebih gugurl ni..

pehhh memang syok lah sekolah semua perempuan.....menjadi perhatian,tumpuan dan BAHAN GOSIP sekolah-sekolah lain...ini berdasarkan zaman sekolah aku je lah...haha

ok macam ni....korang dok diam-diam..aku nak share zaman sekolah aku.

sekolah aku dikira agak top lah sebab sekolah semua girls...asal sebut je nama sekolah aku,mesti orang kate budak-budaknya HOT....hahaha HOTak mu la...tu yang korang pernah tengok...segelintir..bila dah tengok orang macam aku,pengsan terus...tak seHOT yang di sangka..wuwuuw~~

biasanya sekolah girls ni menjadi bualan sekolah yang mix lelaki+perempuan...especially yang perempuannya...aishh macam-macam label telah di kenakan untuk kami yang bersekolah perempuan semua ni..yang paling utama,diorang label kami ni bebudak gediks..... :( tapi aku tak maksudkn sesiapa..hanya pada mereka-mereka yang pernah berbuat demikian kepada kami ni...

sekolah aku ada bus sendiri kan...dan terpampang lagi mencapub nama sekolah aku T---GIRLS SCHOOL Batu Pahat Johor dekat bus tu...asal pergi sekolah lain je kalau misalnya ada kem motivasi or apa-apa event yang melibatkn sekolah lain....fuhhhh bangga bila bus kami menjadi perhatian....semua boys tengok...hahahha entah apa-apa zaman sekolah dulu XD

ok,selain daripada tu...berjiranan dengan sekolah kami ada SMK TINGGI..di mana semua studentnya LELAKI......di situ lah musuh ketat kami dan di situlah kami (bukan aku) ada pakwe.

bercakap pasal SMK TINGGI ni.....cikgu-cikgu dan kami menggelarkan mereka ni MUSUH TRADISI..sebab apa,kami akan fight keputusan peperiksaan kami...kalau PMR,comfirm sekolah aku NO 1 dalam Daerah dan jadi antara sekolah terbaik.Tapi kalau result SPM,bagi je kat sekolah Tinggi tu..nyampah.. hahaha...

setiap kali perhimpunan :

girls school said :

you must fight SMK Tinggi.

boys school said :

you must fight SMK (P) ----

huhh..what the =.='

*tapi lepas sekolah aku tengok ramai gak dak sekolah aku dok berdating dengan dak sekolah lelaki tu....huuu~


so,aku nak ubah lah mentaliti orang yang melabel pelajar sekolah perempuan ni gediks...

kami bukan gediks lah yunk...

kami semua perempuan...

bila dah tittle sekolah perempuan mesti ramai sang jejaka yang suka buang masa menclorox mata memandang kami....macam ramai pilihan gitu boleh dibuat...

yang kami pulak,bila seketul lelaki tersesat masuk sekolah kami,fuhhh!!! 10 mate sedang mengskodeng seketul jejaka terbabit...

kami agak jakun melihat lelaki ketika di sekolah... sebab sekolah kami semua perempuan....macam jakun bila lihat manusia bertali leher,muda tang-tang masuk sekolah kami.

tapi hakikatnya kami bukan GEDIKS... :)

kami sekolah perempuan dan kami bahagia.... (yeyeje kau)

*teringat masa dapat tawaran form 1 sekolah mix lelaki+perempuan,mati-matian suruh ayah pergi Pejabat Pendidikan minta tukar sekolah semua perempuan.
ALASAN : takut kena rogol.. (???)

fuhhhh~~~


memori yang tak dapat di lupakan.....

ini kisah aku....jadi tiada kaitan antara yang hidup @ yang mati @ yang terasa.....

just wanna share you something for tonite...


kasih sayang oleh ;

Tuesday, June 14, 2011

wordless for today


korang terpikir tak kenapa dengan orang di atas?beliau bajet comel sikit.

thanks sebab singgah. :)



kasih sayang oleh ;

cabaran seorang baby sitter

assalammualaikum dan salam sayang semua....

ciik aifa kita ni dah bertukar kerjaya sempena cuti semester ni...

cik aifa dah jadi seorang baby sitter atau pon penjaga budak-budak...



ye,aku memang HOT ...HOTak mu la!

ye..aku garang,tapi aku sweet~ :)

kalau nakal sangat,aku buat cam ni :)

can you see my motherly face?anyonyonyo...sweet nye saye jadi baby sitter :))


fuhh ingat jadi baby sitter ni tak penat ke??penat lah bagi seseorang yang seperti aku ni...

sebab apa???

1. sebab kena bangun pagi.

2.kena bersabar dengan karenah budak kecik

3.kena tahan mental dan fizikal sebab budak kecik ni aktif dan kite kena kejar
diorang dan kawal segala pergerakkan diorang bagi mengelakkan kecelelakaan.

4. kena kreatif dan inovatif sebab kena pandai pujuk diorang kalau diorang
menangis sebab tak dapat main tabur-tabur beras kat lantai.Jadi kena cari
alternatif lain.

5. kena jadi sweet...sebab diorang suka pada orang yang ada sifat keibuaan..just
like..anyonyonyo~cumel nye awak ni...macam nak kena sepak je.....

6. kalau dapat budak yang nakal dan tak nak dengar kata,kita guna teknik
ugutan.contohnya diorang tak nak masuk rumah dan nak main tengah
jalan,kita ugut diorang "hey,kalau tak nak masuk rumah,akak tak nak bagi
mashmellow ah!"

7. kena basuh berak diorang!

8. kena mandi dengan diorang.maksudnya,kite kena mandi kan diorang tapi
diorang lak simbah
air kat kita.so,kita pon 'mandi' sama dengan diorang walaupon kita dah mandi.

9. kita tak akan mandi sampai parents balik kerja sebab tak boleh tinggalkan
diorang sorang-sorang kalau kita mandi.so,kita ken sacrifice diri kita tak
payah mandi semata-mata kena jaga diorang =.='

10. kita jadi orang paling serabai.sebab kena buli dengan diorang.jangan harap
nak pakai bedak ke hape..tak sempat cik aifa nak melawor~ pakai baju tidur
katun2 je jaga budak2..haha!
busuk-busuk je jaga diorang.

aku sejak jadi baby sitter ni tak ada masa nak update blog...yang kelakarnya,kadang-kadang bukan aku yang kejut diorang bangun tidur..tapi diorang yang kejut aku untuk jaga diorang..what the ikan..hahaha...

aku kontrak jadi baby sitter ni selama 2 minggu....harap-harap ini akan melatih aku jadi seorang ibu yang baik dan penyayang pada masa akan datang...cewahhh~~ (harap dapat gaji)

aku bukan baby sitter besar-besaran...poyo je cerita macam baby sitter pro kan...jaga adik aku sorang yang berumur 3 tahun je kot...

tu pon macam nak menangis aku jaga..

sabar je lah..hahaha!

lagi satu,kalau dia berak,aku cepat-cepat baby delivery kat nenek aku suruh dia cebokkan..haha tu je la kelemahan aku....hadehh~

tu jelah laporan cik aifa untuk kali ni......

p/s : harap-harap ada umat baik hati hadiahkan header baru sebab tadi ada orang complain header aku besar gedabak dengan muka aku sampai mereka terkejut bila bukak blog aku :(



kasih sayang oleh ;

Saturday, June 11, 2011

entry panas : you're Gay and im not Ok


salam sayang semua......

hari ini mood kecewa aku datang lagi...

ye...aku tengah kecewa frust menonggeng....

aku bukan putus cinta..putus tali pusat ke hape..tapi...

aku kecewa sebab....

GAY...

ye..

GAY..

"you are GAY and i'm not OK..."

wahh statement gitu.....

korang mesti pernah tengok video lelaki mengaku dia OK menjadi seorang gay??

serius aku meluat.

meluat sampai tak mau upload video kat entry aku.hahha!

hishh tak faham aku dengan manusia zaman sekaraang...dah elok-elok jadi lelaki mahu lagi suka sama laki....


hey guys...opss hey gays..

kolang olang lelaki...lu olang cari la pelempuan untuk kapel...

ape pasal lu olang cari laki jugak...

kami yang perempuan mahu dengan siapa nanti....

aishhh...

aku kecewa beb...

tengah usha-usha mamat hensem kat FB ni..tetiba buka lah profile orang ni...fuhhh ensem bukan main! dahlah ensem...educated tu! aiiii ape lagi usha lah gambar-gambar album si jejaka kacak ni...


sekali...................................


hambek kau...

ada album "with my sayang"

hati gua da tacink da ni...(jeles tak tentu pasal)

dalam hati berkata lah.. "ensem dia ni..mesti boo dia pon cun"

wahhh...apesal semua gambar lelaki dan lelaki ni..


euuuwwww!!!


sensored beb!

kiss sane....peluk sini...


kalau lelaki dan perempuan gua tak payah cakap lah....kubur masing-masing bagi yang belum nikah..

tapi ni lelaki beb....


gua tacink la same si jejaka...


lu ada muka...ada ilmu...belajar tinggi-tinggi sampai gunung everest..

tapi sayang nya lu punya agama kurang la bro...

lu olang yang suka sama jenis ni tahu tak kisah nabi Luth??

meh sini aku nak cerita....

masa zaman Nabi Luth ni Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khAS hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya

kemudian Allah Taala menurunkan bala kepada mereka!

bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri NABI LUTH yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua pemghuninya .Demikianlah mukjizat dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.

Gay mahupun lesbo..bukan raibo..

Allah dah beri pengajaran ke atas perbuatan mereka..

yang lu olang nak ulang balik perbuatan KEJI kaum tu apa pasal??

tak takut azab ke???!

hey~

pasal nila setitik,rosak susu sebelanga you know~

siapa yang kata....

"terimalah diri mereka yang gay/lesbo bukan raibo tu..."

korang pikir lah betul-betul...

yang aku tak faham kenapa mereka-mereka jadi macam ni ialah :

1. apa yang best hubungan sejenis?
- lu ada anu,wa pon ada anu....
- lu muka ensem,wa muka macho.
-suara lu garau,suara wa pon garau
- lu ada sperm,wa pon ada sperm.
meh korang tengok fomula yang CIK AIFA kita dah bina ni.....


ovum + ovum = ovumovum (nothing)


sperm + sperm = spermsperm (bukan ecoli)


see gays & raibo...

there's nothing kalau korang sesama jenis ni....

ishh tak terhasil apa-apa...

non-hado gays~

(ayah aku merangkap guru general science akan berbangga dengan anaknya selepas ini apabila anaknya menyelitkan fomula di atas)

so sayang-sayang haku sekalian....

marilah kita kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat...

kasihanilah kami kaum wanita yang masih membujang dan begitu juga kaum lelaki yang masih menyendiri.

janganlah menafikan fitrah manusia ini...

girls said :
"you are gay,so i want you to be my husband."

boys said :
"you are lesbo,so i want you to be my wife"

kan comel kalau begitu.....hehehe


p/s : ke arah kesejahteraan hidup manusia dan ke arah entry berguna dan PANAS!
(you hentam i , i gigit you )




kasih sayang oleh ;

Friday, June 10, 2011

minah rempit ingin bertaubat.

salam sayang semua...

sekali lagi...tajuk hanya gempak macam ape tapi content non hado~ haha!

seriously............................

aku tak puas hati betul...

betul-betul aku tak puas hati!

sebab ape aku tak puas hati??



sebab aku tak pandai bawa kereta!



aku dah dapat lesen penuh!

tapi nothing je lesen aku tu...


aku sangat kecewa dengan ko wahai AIFA AFIQAH SULAIMAN.

mama..nak kereta ni boley tak?ika janji ika pandai drive nanti ;)



sampai bila ko nak jadi minah rempit yang tak berapa rempit bila naik scooter karisma cabuk tu.

=.='

tapi aku rasa bukan aku sorang yang jadikan lesen tu perhiasan rumah ...ramai lagi kot..haha!

aku pon tak tahu macam mana JPJ boleh lulus kan aku...

tapi memang lah masa JPJ aku pandai..

sebab aku ni belajar untuk periksa jep...

ala..macam tu jugak belajar memandu untuk lulus JPJ je..

huu..adik-adik jangan ikut aku ni..

bila dah dapat lesen tu,esoknya korang terus drive kereta tu..jangan buat perkasam..

nanti jadilah macam aku si penyimpan lesen penuh yang tidak berguna... :(

wa tacink la cam ni beb~ :((

sebab aku tak pandai bawa kereta :

1. aku dapat lesen lepas SPM..pastu terus masuk matrik....tak sempat nak bawa kereta kat
rumah.

2. aku tak ada keyakinan yang tinggi nak bawa kereta sorang-sorang (mengaku jujur)

3. aku malas nak praktis bawa (lagi jujur)

4. lepas habis matrik aku sambung belajar lagi..tak sempat nak bawa kereta.

5. aku tak ada kereta sendiri.nak pinjam kereta mama @ ayah @ akak takot jahanam kan pulak
(demand)

hahahaha!! boleh aku dapat miss ALASAN tak?haha!!

ye.....aku mengaku....aku penuh dengan alasan...

huhu~~

tapi dont worry..baru-baru ni aku dah pandu ferrari tau..

korang pernah ke pandu??

jangan ko jeles sama gua ok :)

lihat bukti video aku kat bawah ni.


see..bertapa bangga nye adik aku bila aku pandu ferrari.. :(

harapan lah kau aifa!

tapi insyaAllah...satu hari nanti aku pasti ada kereta sendiri dan boleh drive kereta sendiri.....


doakan aku tau korang~~

p/s : jeles tengok kawan-kawan yang dah pandai drive.....junior semester satu pon bawa kereta pergi kolej...aku sampai semester 6 pon jalan kaki jer der~




kasih sayang oleh ;

Thursday, June 9, 2011

ala..ponteng kejap je ni!

salam sayang semua....

wahhh rindunye kat korang semua!!! muahhx!! hahha!!!

hai...sekejap je aku tak hupdate blog....tapi alhamdulillah...aku rasa hari ini lebih sihat..hee..

so alang-alang aku sihat sikit aku nak hupdate blog...

alhamdulillah......aku dah sihat sikit dan hingus pon semakin kering di dalam hidung (selekeh!)

tapi..aku demam bukan macam orang lain...

nama jep demam tapi hamboiii ko aifa...berjalan sakan pergi holiday!

bahahaaa!!!

ala..bukan pergi mana pon...pergi melaka je kot...

tapi serius aku memang TAK PERNAH BOSAN pergi sana...

sebab apa..

sebab aku suka lah!

HAHA!!

well...korang pon tau kan yang VISIT MALACCA MEANS VISIT MALAYSIA...so tak payah susah-susah round satu malaysia..pergi melaka je la..HAHA!


aku bila dah berjalan ni memang tak hingat aku demam...tapi still rasa tak best lagi-lagi bila nak jejalan kat Dataran Pahlawan..sebab kepala aku dok terhuyung hayang...al maklum..demam..huhu :(

demam-demam pon aku punya mata kalau nampak lelaki hensem cerah belako! (gatai)

gurau je la....aku nampak seseorang yang aku rasa aku macam pernah tengok dalam TV mase aku jalan kat dataran pahlawan..

nak tahu tak aku nampak siapa???

aku nampak RAQIB AF9..

(excited)

aku bukan tengok sangat AF ni...tapi tahu lah....up to date la gak..haha!!

tapi yang penting beliau terpana tengok aku terpana melihat beliau (perasan sikit)

hahaha...uisshhh kalau da jadi artis...semua hensem bagai..haha!!

so...jom cuci mate sampai berbuih tengok gegambor yang sempat aku snap :)

ni gambor dak demam yang da sihat sikit :)



aku tak suke naik beca sebab kecian dengan orang yang bawa tu :(


dalam bilik hotel ada cermin besar.jadi aku suka :)


nope-nope bukan aku.tapi KAMI semua suka :)



walaupon gambor blur,tapi kami suka pergi DP :)


ayah aku boleh jadi promoter jual kacang =.=
mama tersenyum gembira.
aimi kontrol macho~ bweek!

ok..itu saja laporan untuk kali ini..hihi saye malas nak kecik2 kan gambor...ponat jari den~

p/s : tengah termenung memikirkan adik-adik kita yang suka mengejar populariti murahan di FB..layann~~




kasih sayang oleh ;

Sunday, June 5, 2011

cik aifa berhenti berblogging

salam sayang semua....tajuk nak gempak kan?hehe actually berhenti untuk sementara waktu..

acHhOoOoM!!! opss excuse me...

cik aifa sekarang terkena tempias musim demam..



so...nak update blog pon susah...

hingus pon asek keluar tanpa kebenaran..sob3~~

badan pula sakit-sakit..

nak tulis blog pon,otak tak cerdas..

darpada tulis merapu merepek masa demam,better aku take some rest kan?kan?

aku bukan penulis tegar,so aku tak update beberapa hari pon no effect la kan..hihi...

lastly,doakan aku cepat sembuh ok sayang?

p/s :

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .[2] Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus.

sumber : wikipedia


salam..popai..muahx :)

kasih sayang oleh ;

Friday, June 3, 2011

couple-putus?

wa tak ada motip letak gambar 18sx =.=


salam sayang semua....

1 malam 3 entry..

suka hati aku lah..ada aku kesah?HAHA!!

ok..kali ni aku nak buat perkongsian pasal COUPLE-PUTUS

well zaman kanak-kanak selalu berlaku hal ni termasuk lah aku....aku dah banyak kali ok kapel then putus....mula-mula aku kesah giler ar..menangis macam orang giler..tapi bila lama-lama dah jadi kebiasaan la der...asam garam kehidupan..HAHA...

wa relax je kate wa selalu kena clash oleh boipren-boipren aku sebab diorang tengok aku tak secantik juliana evans..bahaha! tapi ade gua kesah ke der??tak pon...

gua mase kecik-kecik dulu dah pandai kapel...tulis surat cinta letak bedak...haktuiiihh~

gua kapel mase kecik-kecik sebab jeles tengok kawan-kawan berboipren..dasar pengaruh rakan sebaya..

tapi bila gua dah besar ni gua relax je...

gua yang clashkan boipren gua..

tapi relax..sebab gua stil baik lagi dengan dia..tak ada perang dingin pon :)

so,pada yang keciwe tu especially adik-adik gua..gua nak pesan lah ni.. :

1. relax la der,nangis sekejap je lepas tu jangan nanges untuk laki yang cam haremm~ ada dia nanges bila diorang clashkan korang??

2. relax der...gua kena clash,gua pikir yang dia bukan laki gua pon..tak effect ape kalau dia
tinggalkan korang...ada diorang bagi korang mas kahwin ke?

3. relax der....lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..kalau
diorang clashkan korang maksudnya diorang tak baik untuk korang..means
korang baik..hahaha!

4. relax der...dah masuk universiti korang rambang mata sampai tak terpilih kat sana..haha!

5. relax der....kalau pakwe korang curang,korang relax je.....korang kate "muke lu tak hensem pon ade owang nak....untung aku kutip kau dulu"

6. relax der....korang terlampau cantik untuk diorang... :)

7. relax der...Allah dah kurniakan seseorang untuk korang...so cool je :)

8. orang yang betul-betul mencintai kita tidak akan pernah jemu mendapatkan kita walaupon kita pandang sebelah mata je kat dia...

so pada adik-adik...lu olang jangan sedih-sedih sebab gua pon pernah alami zaman kapel clash...sampai gua pegang kata-kata kawan gua :

COUPLE UNTUK CLASH

so gua relax je...sekarang gua nak pegang kata-kata ni pula :

WHAT WILL BE WILL BE

sebab

JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH :)

p/s : penggunaan kata ganti nama samseng (gua-lu)








kasih sayang oleh ;

contest muka terperanjat beruk =.=

salam sayang semua...

cik aifa mahu menjoin kan diri dalam satu contest ni.. CONTEST MUKA TERPERANJAT BERUK...hahaha! contest yang sangat kelakar tapi BEST!!

macam mana dia buat muka macam ni?? =.=


SYARAT-SYARAT yang telah ditetapkan oleh tuan punya contest adalah seperti berikut :
  • follow aku . senang nanti aku tau kau daftar kat sini . ceewahh . HAHA
  • copy gamba tu letak dekat sidebar korang pelas pelas dekat entry sekali yaww .
  • nak cerita ke pasal pic korang tu ? suka hati la . tak tulis pun takpee :)
  • pastikan pic yang korang letak tu pic korang . jangan jadik copycat weyhhhh .
  • tinggalkan link korang kat comment nih
  • letak link blog ni kat entry korang . senang membe membe korang nak usha nanti
  • tag sorang kawan korang . tak lebih pun . sorang je .

senang kan???

ok..gambar yang aku try pertaruhkan yang bajet terkejut macam beruk tu adalah ini :

dah macam nampak orang tak pakai baju adalah =.=

ok aku nak tag minah ni :

so,sesiapa yang nak join jugak tu boleh..korang boleh usha kat blog ni

Tehee~ aku masuk just untuk suke-suke...... :)



di panggil contest

kasih sayang oleh ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...