pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Saturday, December 17, 2011

kenangan lama bertaut kembali

Asslammualaikum dan salam sayang semua...wah..wah tak sangka dapat update blog secepat ini..kunun lah kan..hee

okey..malam ni aku nak berkongsi cerita @ nostalgia lama ... masa zama muda-muda dahulu.... (macam dah tua je)

Idea untuk tulis entry pasal nostalgia lama ni terjadi bila adik aku yang Ira mengemas semua buku-buku dan harta pusaka beliau dalam bilik tu..ya Ampun..tunggang langgan bilik di buatnya...motif dia kemas barang-barang sebab dia nak hantar recycle...nak kumpul duit katanya..Al maklum..my parents tak bagi dia kerja although dah lepas SPM..same goes to me masa lepas SPM..tak diizinkan untuk bekerja..sobs...so,dengan menjual semua buku-buku lama dia,dapatlah sumber duit sikitkan...

jadi semasa dia sedang mengemas..terjumpalah satu kotak kasut berisi semua kenangan lama aku semasa zaman persekolahan...zaman percintaan beruk....zaman kanak-kanak..bila tengok balik memang ketawa sorang-sorang lah...lawak habis..geli gelimat aku baca surat-surat cinta beruk dulu..haha!

so malam ni secara ekslusif aku akan share dengan korang apa yang aku jumpa dalam kotak ajaib tu...jeng..jeng..suspender sikit..hehe!

pic 1

ooo gambar 1 ni gambar aku masa kecik-kecik dulu....apa yang aku ingat pada masa ni,telinga aku selalu sangat masuk semut lagi-lagi time nak tidur..myb masa kecik-kecik dulu aku suka makan atas katil kot..tu yang banyak semut masuk telinga..huhu...siapa pernah rasa macam mana semut masuk telinga akan tahulah bertapa sakit dan berdesingnya telinga bila semut merayap dalam telinga...

pic 2





Gambar yang kedua aku jumpa ialah gambar aku masa zaman persekolahan..masa ni gambar guna kamera yang guna filem tu...macam lomo pulak gambar ni kan...masa ni aku tingkatan 3 dan aku merupakan seorang setiusaha pengawas sekolah masa ni (tetiba macam bangga diri pulak) haha..kalau korang nak tahu,aku memang hitam giler time sekolah dulu..kalau kau letak arang sebelah aku memang tak dapat bezakanlah muka aku dengan warna arang tu... tapi kau jangan memain..aku form 3 aku dah menggatal berkapel..cinta beruk dah start da walaupon aku sekolah perempuan semua,,(mana entah jumpa lelaki)..kau ingat muka macam arang nie tak ada orang nak ke? selalu kena tipu dengan lelaki
zaman sekolah aku tak seindah korang semua sebab aku macam selalu kena buli walaupon aku pengawas...aku buli orang..pastu orang buli balik..entah pape..


pic 3




kad yang bertulis nie pula aku jumpa terselit-selit dekat belakang cover diari sekolah aku dulu..kalau korang nak tahu,masa aku menengah atas dulu,aku ada seorang kawan baik tau..nama dia DAYANG KARTINI...dialah yang selalu dengar masalah aku..suka duka kami kongsi bersama..masa aku form 5 dulu,macam-macam ujian dan rintangan aku hadapi...kau sebut je apa..kena pulau kan kawan-kawan?kena aniaya? kena tuduh atas kesalahan yang kau tak buat? semua tu aku dah rasa....dan setiap kali aku tengah dalam kesedihan,si Dayang ni lah yang sudi mendengar masalah aku..wahhh miss you a lot dayang! kalau tak silap aku,kad ni Dayang beri a few weeks before SPM i think...2008.. dah lama masa berlalu dan aku masih simpan lagi kad ni darl... :)




pic 4


surat di atas ni diberi oleh salah seorang abang fasilitator semasa aku menjalani perkhemahan pengawas sekolah pada tahun 2008 iaitu semasa aku form 5..pada masa ni abang-abang fasi memang hot la pada mata kitaorang..al maklum jarang jumpa lelaki kan...gatal tu lebih sikit..bahaha... masa ni aku ikut perkhemahan di kemkaizen..memang syok habis lah..sebab masa sekolah dulu aku suka aktiviti lasak..tak macam sekarang ni aku memang telah menjadi perempuan sejati..lemah lembut padahal lembek ..stamina dah kurang..tak macam dulu lagi..sobs.. tapi aku harap sangat aku dapat join perkhemahan lagi..well aku nak cakap yang dulu ahli pengakap! skuad! hehe :)




lukisan kat atas nie masa zaman cintan cintun budak sekolah dulu...diberi oleh seseorang dan sekarang lost contact..budak ni pon aku tak tahu apa hala tuju dia sekarang ni..yang aku tahu dia ni seorang gothic dan aku pon tak tahu macam mana aku boleh suka kat orang tu..alahai...budak-budak...tak matang.... aku baru terjumpa lukisan ini hari ini pada tahun 2011 sedangkan lukisan ni dilukis pada tahun 2006 kalau tak silap...fuhh agak-agak kertas berkualiti ke ni sampai tak hancur-hancur lagi?haha!



lukisan kat atas ni pon dilukis oleh orang yang sama....nampak sangat ketidakmatangan pada masa ni...baca ayat-ayat yang kononya jiwang memang monyet belaka lah! sumpah aku nak muntah bila baca balik..haha..
ayat paling tak boleh blahhhh "thanks coz dare to be my awekkkzz" memang aku berani mati lah kapel dengan kau..huaaaa.....
p/s : aku rasa sekarang ni dia dah jadi pelukis terkenal kot..kalah leonardo da vinci tau nyahh..haha



akhir sekali ialah CD HUJAN yang diberi oleh orang yang sama....perh aku macam di rasuk bila aku memang minat giler dengan underground music masa aku form 3..macam hanyut....haha..tu lah orang kata..pengaruh rakan sebaya lah katakan!

itu lah orang kata,bila kita ingat balik zaman muda-muda barulah kita sedar apakah kesilapan yang kita dah buat suatu masa dahulu dan sekarang kita sedaya upaya untuk memperbetulkan apa silap yang kita pernah lakukan dahulu.Aku masa dulu bukanlah seperti Aifa Afiqah yang korang kenal sekarang...aku sekarang seorang perempuan yang nampak lembut diluar tapi ada ketegasan di dalam diri..


bestnya dapat jumpa barang-barang lama..boleh imbas balik kenangan-kenangan lama dahulu...macam kelakar!! :)

itu sahaja...nanti aku update lagi kay..



salam sayang..take care people :)






kasih sayang oleh ;

Thursday, December 15, 2011

perbezaan lelaki dan perempuan

Assalammualaikum dan salam sayang semua...memang dah lama aku tak hupdate blog aku nie...kadang-kadang aku macam dah lupa yang aku ada blog...entah pape kan..huhu...

untuk pengetahuan korang,aku sedang mengalami cuti semester (ayat pon macam orang tak berpelajaran)..tapi just sampai 29hb dis nie je..lepas tu kena pulang ke kolej tercinta..sobs~

ok kali nie aku nak tulis entry pasal THE DIFFERENCES BETWEEN GIRLS AND BOYS.

Kalau sebut je pasal MAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ @ dinner , mesti perkara pertama bermain di fikiran ialah..

GIRLS :

1. nak pakai baju apa..
2. nak style tudung @ rambut macam mana...
3. adakah aku akan dapat best dresses atau tak..
4. rahsiakan baju yang dibeli daripada kawan-kawan supaya kawan tak tiru baju kita dan kita nak suprise.
5. siapa nak make up kan..
6. lastly baru fikir pasal makan.


BOYS :


1. Pakai baju yang ada dalam almari.
2. Makan

Kalau sebut pasal MASA.


GIRLS :


1. 5 minit perempuan = setengah jam lelaki
2. bila perempuan sebut on the way = dalam pemikiran lelaki on the way nak sampai tempat yang di janjikan
    tetapi padahal,on the way tengah bersiap.
3. perempuan amat pentingkan masa.
4. perempuan tidak suka menunggu.
5. perempuan suka kan lelaki yang on time.

BOYS


1. Lelaki akan berkata " baru je sampai tadi " walaupon hakikatnya dia telah menunggu teman wanitanya 
    setengah jam lama nya.
2. Lelaki yang betul-betul mencintai teman wanitanya akan sentiasa "memahami" prinsip 5 minit wanita. (5 
    minit wanita = setengah jam lelaki)
3. lelaki di anggap gentleman bila dia datang sebelum teman wanitanya datang di tempat yang dijanjikan.

kalau sebut pasal SHOPPING.


GIRLS :


1. kata nak bei satu barang je...tapi hakikatnya 1 barang dan lebih..
2. masuk satu kedai..tanya-tanya promoter gaya macam nak beli lepas tu " tak pelah..terima kasih ye..nanti
    saya datang balik " hakikatnya tak ada maknanya nak datang balik...
3. perempuan saja masuk kedai then belek-belek barang dengan harapan boyfriend dia belikan barang tu..
4. perempuan amat teliti bila memilih barang.
5. paling tak suka promoter ikut bontot masa beli barang.


BOYS :

1. beli barang then balik.
2. pergi satu kedai je cukup.
3. paling tak suka ikut perempuan shopping (ada sesetengah)

********************************************************************************

fuh..fuh penatnya tulis! actually banyak lagi aku nak tulis tapi stamina aku macam dah ilang untuk menulis lagi..haha..sebenarnya apa yang aku tulis ni berdasarkan diri aku dan berdasarkan pemerhatian aku...tak ada fakta-fakta atau evidence based yang aku cari..just menggunakan kaedah observation sahaja..

kalau ye like lah.. (macam facebook pulak) haha.. kalau tak setuju dengan apa yang aku tulis meyh jumpa belakang rumah..kita lawan batu seremban ok! kuehehehe~

itu sahaja untuk entry kali ini..

pen merah,pen biru,
you marah i love you..

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

muuuuaaah!!! take care people! salam sayang :)



kasih sayang oleh ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...