pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Friday, February 25, 2011

kAu,AkU,KiTa EGO PART 1 (tiada kaitan yang hidup@yang mati)


assalammualaikum dan haii kawan2 sume..
kali nie aifa nk bercerpen sikit memandangkan..aifa dalam mood agak sedey..

hani merupakan junior kepada haris di sebuah kolej yang sama.mereka mula berkenalan semasa haris menambah hani sebagai kawan di salah satu laman web sosial..Haris selalu menyakat hani dan sering menyakiti hati hani..jika di tanya kepada hani siapakan yang paling di benci oleh hani,hani dengan pantas menjawab HARIS! begitu juga dengan hari...perempuan yang paling di benci oleh haris ialah HANI!

sehinggalah pada suatu hari,haris mempunyai niat untuk mengenakan Hani...mereka pon YM (yahoo messenger).seperti biasa,semua perbualan mereka mengandungi unsur2 pertengakaran sehingga dengan secara tiba2 nya,haris menghantar mesej berbunyi seperti ini :

"Hani...sebenarnya haris...
suke kat hani...."

hani terkejut besar dan percaya kata2 haris tu..al maklum la..mase zaman junior nie masing2 lurus bendul..percaya dengan kata2 senior..

rupa2 nye,ada udang di sebalik batu...haris hanya ingin memalukan hani di hadapan rakan2 nya..
sehinggalah satu hari hani mendapat tahu semua muslihat haris.
Hani berjanji tidak akan suka dengan lelaki yang bernama haris buat selamanya.setiap kali bertembung dengan Haris,Hani akan mengelak dan rela mengambil jalan jauh.Hani juga akan secara automatik menundukkan kepala jika bertembung dengan haris.Hani semakin berasa pelik apabila,semakin dalam benci nya kepada Haris,semakin kerap mereka bertembung.

***************************
setahun kemudian...

hani mempunyai seorang teman lelaki di tempat kelahirannya.mereka baru sahaja berkenalan dan menjalinkan hubungan.Hani sayang akan teman lelakinya.tetapi malangnya,tidak sebaliknya...Teman lelaki hani selalu mengingkari janji yang di buat..kadang kala,Hani rasa terasa amat sedih tetapi tidak tahu hendak di luahkan pada siapa..Pernah suatu ketika Hani berada dalam keadaan tertekan dan menelefon teman lelakinya untuk berkongsi masalah.Tapi hampanya,teman lelakinya menjatuhkan lagi semangat hani dan menyalahkan hani di atas semua yang berlaku.Sedang Hani menangis di meja belajarnya,tetiba satu nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefonnya.Hani mengambil masa yang lama untuk menjawab panggilan tersebut.setelah 2-3 kali panggilan tersebut tidak diangkat,Hani mengambil keputusan untuk mengangkat telefon.

hani : assalammualaikum,ni siapa ye?

wasalam..ni HARIS

alangkah terkejutnye apabila Haris menelefon hani...
hani dengan pantasnye meletak telefonnya dan terpaku di atas kerusi.
pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran Hani.
apakah muslihat Haris kali ini?

******************************************************

Hani menunggu teman lelakinya,akim di tempat yang di janjikan.
setelah 1 jam berlalu,kelibat akim tidak kelihatan..
Hani menelefon akim.
Akim menjawab dengan selamba bahawa dia masih berada di rumah dan tidak boleh datang berjumpa hani.
Hani HAMPA! GERAM! SEDIH! apabila diperlakukan sedemikian rupa.
ini merupakan kali ke empat temu janji mereka dibatalkan oleh akim.
selama ini,hani sabar dengan sikap akim.tapi lama kelamaan,kesabaran hani habis.

sedang hani keseorang di Mall,tiba-tiba hani mendapat panggilan daripada haris..

"Hani,awak ada kat mana?"

"saya ada di mall sekarang nie.."suara sebak hani jelas kedengaran.

"awak dengan siapa tu??"

"saya seorang.."

"awak tahu tak,bahaya jalan seorang2 nie..nanti kene culik padan muka!"
sakat haris.

hani terus mematikan telefon bimbitnya.

*********************************************

semakin lama,hani semakin pelik akan tindak tanduk haris..Apabila terserempak dengan hani,haris akan senyum.Kalau suatu ketika dahulu,senyum pun susah.macam ada emas dalam mulut.
Haris juga mula menelefon Hani setiap malam dan bertanya khabar.
hani pula tidak melayan haris seperti dahulu lagi tetapi mereka seolah-olah sudah akrab.
Haris sering memberi nasihat dan menegur kesalahan hani.tetapi kadang-kadang mereka akan kembali bergaduh tetapi akan baik kembali.

Hani dan Haris tidak pernah berbual di kolej.hanya telefon dan mesej penghubung mereka.sehinggalah pada satu malam hani dalam perjalanan ke mesyuarat dan dia terserempak haris di atas motor.Hani hanya melemparkan senyuman dan meneruskan perjalanan.Tiba-tiba..

"Hani!"

hani terpaku dan menoleh ke belakang.
haris buat kali pertamanya menyapa hani setelah 1 tahun berkenalan.
sempat juga mereka berbual pendek tetapi dalam jarak yang jauh.
perasaan hani pada ketika itu...MALU yang teramat sangat..
tetapi dia berjaya mengawal perasaannya ketika itu.

itulah kali pertama dan terakhir mereka berbual.

**************************************

masing2 mempunyai ego dan tidak mengaku mereka saling menyukai...
mereka ingin menipu perasaan mereka sendiri tetapi rakan2 mereka sudah tahu perasaan haris dan hani.

sudah lama sebenarnya haris menyimpan perasaan terhadap hani.sejak haris melihat hani pada sesi orientasi hani lagi.Haris menyakat hani hanya untuk menarik perhatian hani sahaja dan dia mula menyukai hani semenjak dia mengenakan hani dengan menyatakan bahawa dia sukakan hani.seolah2 apa yang diperkatakan itu termakbul padahal dia hanya ingin bermain2 sahaja.

begitu juga dengan hani,dia mula menyukai haris semenjak haris mula mengambil berat akan dirinya,memberi nasihat dan yang paling memberi kesan terhadap hani apabila haris menyanyikan beberapa buah lagu berserta petikan gitar di saat hani sedang bersedih.
sungguh tersentuh hati hani apabila seseorang bisa membuatkan hatinya berputik kembali.

**************

namun,disangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari...
Hani terserempak dengan Haris bersama seseorang.Hati hani bercelaru dan tertanya..sekeras2 nya dia menafikan perasaan cemburu yang terbit dalam dirinya.tetapi,mimik muka hani tidak boleh menipu rakan2 hani.mereka boleh membaca apa yang tersirat di hati rakan baiknya itu.

di bilik,hani duduk di meja belajarnya dan memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi..

siapa perempuan tadi?
kenapa mereka berdua?
mereka nk pergi mana?

itulah persoalan yang bermain di fikiran hani sehinggalah hani menerima satu mesej daripada haris.
Haris seolah2 boleh membaca fikiran hani ketika itu.
rupanya perempuan yang bersama haris itu merupakan junior dan dia meminta pertolongan haris untuk menghantarnya ke klinik.memandangkan haris merupakan senior yang bertanggungjawab menjga kebajikan junior,haris mengambil keputusan untuk menemaninya ke klinik.

cemburu hani mula terurai satu-persatu..

******************************
will be continue in part 11

2 comments:

ashikin sulaiman said...

lelaki dekat kskb memang tak boleh dipercayai. ehh. okbye.
:)

Aifa Afiqah Sulaiman said...

shikin..hehe cerita ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...