okey..malam ni aku nak berkongsi cerita @ nostalgia lama ... masa zama muda-muda dahulu.... (macam dah tua je)
Idea untuk tulis entry pasal nostalgia lama ni terjadi bila adik aku yang Ira mengemas semua buku-buku dan harta pusaka beliau dalam bilik tu..ya Ampun..tunggang langgan bilik di buatnya...motif dia kemas barang-barang sebab dia nak hantar recycle...nak kumpul duit katanya..Al maklum..my parents tak bagi dia kerja although dah lepas SPM..same goes to me masa lepas SPM..tak diizinkan untuk bekerja..sobs...so,dengan menjual semua buku-buku lama dia,dapatlah sumber duit sikitkan...
jadi semasa dia sedang mengemas..terjumpalah satu kotak kasut berisi semua kenangan lama aku semasa zaman persekolahan...zaman percintaan beruk....zaman kanak-kanak..bila tengok balik memang ketawa sorang-sorang lah...lawak habis..geli gelimat aku baca surat-surat cinta beruk dulu..haha!
so malam ni secara ekslusif aku akan share dengan korang apa yang aku jumpa dalam kotak ajaib tu...jeng..jeng..suspender sikit..hehe!
pic 1 |
ooo gambar 1 ni gambar aku masa kecik-kecik dulu....apa yang aku ingat pada masa ni,telinga aku selalu sangat masuk semut lagi-lagi time nak tidur..myb masa kecik-kecik dulu aku suka makan atas katil kot..tu yang banyak semut masuk telinga..huhu...siapa pernah rasa macam mana semut masuk telinga akan tahulah bertapa sakit dan berdesingnya telinga bila semut merayap dalam telinga...
pic 2 |
zaman sekolah aku tak seindah korang semua sebab aku macam selalu kena buli walaupon aku pengawas...aku buli orang..pastu orang buli balik..entah pape..
pic 3 |
pic 4 |
surat di atas ni diberi oleh salah seorang abang fasilitator semasa aku menjalani perkhemahan pengawas sekolah pada tahun 2008 iaitu semasa aku form 5..pada masa ni abang-abang fasi memang hot la pada mata kitaorang..al maklum jarang jumpa lelaki kan...gatal tu lebih sikit..bahaha... masa ni aku ikut perkhemahan di kemkaizen..memang syok habis lah..sebab masa sekolah dulu aku suka aktiviti lasak..tak macam sekarang ni aku memang telah menjadi perempuan sejati..lemah lembut padahal
lukisan kat atas nie masa zaman cintan cintun budak sekolah dulu...diberi oleh seseorang dan sekarang lost contact..budak ni pon aku tak tahu apa hala tuju dia sekarang ni..yang aku tahu dia ni seorang gothic dan aku pon tak tahu macam mana aku boleh suka kat orang tu..alahai...budak-budak...tak matang.... aku baru terjumpa lukisan ini hari ini pada tahun 2011 sedangkan lukisan ni dilukis pada tahun 2006 kalau tak silap...fuhh agak-agak kertas berkualiti ke ni sampai tak hancur-hancur lagi?haha!
lukisan kat atas ni pon dilukis oleh orang yang sama....nampak sangat ketidakmatangan pada masa ni...baca ayat-ayat yang kononya jiwang memang monyet belaka lah! sumpah aku nak muntah bila baca balik..haha..
ayat paling tak boleh blahhhh "thanks coz dare to be my awekkkzz" memang aku berani mati lah kapel dengan kau..huaaaa.....
p/s : aku rasa sekarang ni dia dah jadi pelukis terkenal kot..kalah leonardo da vinci tau nyahh..haha
akhir sekali ialah CD HUJAN yang diberi oleh orang yang sama....perh aku macam di rasuk bila aku memang minat giler dengan underground music masa aku form 3..macam hanyut....haha..tu lah orang kata..pengaruh rakan sebaya lah katakan!
itu lah orang kata,bila kita ingat balik zaman muda-muda barulah kita sedar apakah kesilapan yang kita dah buat suatu masa dahulu dan sekarang kita sedaya upaya untuk memperbetulkan apa silap yang kita pernah lakukan dahulu.Aku masa dulu bukanlah seperti Aifa Afiqah yang korang kenal sekarang...aku sekarang seorang perempuan yang nampak lembut diluar tapi ada ketegasan di dalam diri..
bestnya dapat jumpa barang-barang lama..boleh imbas balik kenangan-kenangan lama dahulu...macam kelakar!! :)
itu sahaja...nanti aku update lagi kay..
salam sayang..take care people :)
kasih sayang oleh ;
cik aifa afiqah
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/