pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Saturday, October 15, 2011

aku tak gila lah!

Assalammualaikum dan salam sayang semua....

pejam celik..pejam celik dah genap 2 minggu aku berada di Melaka..maaf..last entry aku pon masa aku mula-mula datang sini..hehe..sudah berkurun dah ni tak hupdate blog..rindu tak aku?

ok..korang pon dah sedia maklum yang aku semester ni berpraktikal dalam bidang psikiatri so macam-macam lah aku lalui sepanjang dua minggu aku berpraktikal di unit pemulihan carakerja (psikiatri) Hospital Melaka.

First impression aku sebelum berjumpa pesakit psiatri yang aku pasti semua orang mempunyai stigma yang sama dengan aku tentang pesakit mental ini ialah :

1. pesakit mental mencederakan orang

2. pesakit mental memang dah sedia gila,so tak payah lah rawat-rawat ni.

3, pesakit mental ni tak boleh nak bergaul dengan orang ramai..nanti berjangkit pula gila nya tu.

4. Pesakit mental mustahil untuk bekerja..

5. pesakit mental tak boleh berkawan dengan orang.

dan macam-macam lagilah..

so entry aku kali ini nak ubah pemikiran dan stigma masyarakat tentang pesakit mental ini.

Bila aku berjumpa dengan pesakit mental,dalam hati aku berkata... "eh dia ni sakit ke?macam tak aje.."

serious they like other normal persons.....kebanyakkan pesakit mental yang datang mendapatkan rawatan di unit OT (pemulihan carakerja) ni pesakit yang mempunyai penyakit scizophrenia,anxiety disorder,mental retardation,major dipression disorder dan obssesive compulsive disorder.

Diorang ni boleh berbual macam orang biasa...cuma ada juga pelik-pelik...well mereka telah kekurangan satu anugerah yang paling besar....sebagai contohnya,ada pesakit yang mempunyai habit tandas yang pelik...tapi jangan terkejut jikalau ada seorang pesakit ni bekas pelajar computer engineering di London!

im so impress with them...kenapa?

sebab mereka mempunyai kelebihan yang kita tiada.

sebagai contohnya,semasa kami membuat aktiviti guessing game,pesakit-pesakit ini dapat meneka perbuatan kami dengan hanya sekali tekaan sahaja! mereka berkata,mereka boleh baca pemikiran melalui mata...imagine that...kita ada ke boleh baca fikiran orang..ooo maybe sometimes..

Siapa kata pesakit mental ni tidak mempunyai hati dan perasaan..

semasa aku membuat sesi psychoeducation,aku adalah bertanya kepada seorang pesakit ni..beliau menghadapi masalah major dipression disorder (MDD) ..

"apa yang membuatkan awak tertekan sehingga membuatkan awak mahu membunh diri?"

dan beliau menjawab..

"saya tertekan bila orang tak mahu berkawan dengan saya..mereka tak faham saya...mereka mengejek saya.."

oooo dari sini kita boleh lihat apakah penyebab mereka ini tertekan sehingga mereka sanggup mencederakan diri???

jawapannya masyarakat.

yup...masyarakat memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah kesihatan mental...bukan semakin menjatuhkan pesakit-pesakit yang mengalami masalah mental ini.

aku terharu bila ada seorang pesakit yang mempunyai masalah scizophrenia betul-betul menghargai kami kerana kami memahami mereka.Yup bukan kerana ingin membangga diri tapi ini adalah hakikat.mereka ini perlu kita faham bukan untuk kita memandang jelek terhadap mereka.

di unit rawatan OT,kami juga menyediakan job placement untuk pesakit mental.mereka juga boleh kembali bekerja jika mereka sudah stabil.Jadi di sini majikan juga perlu memainkan peranan yang besar dalam mengembalikan kefungsian pesakit mental ini.

Di samping itu,sesiapa yang mengalami tekanan bekerja dan malu untuk bergaul juga boleh tergolong di dalam pesakit psikiatri..so jangan main-main ok..kita semua ada simptom pesakit mental termasuk aku..tapi selagi tak disorder=yang menganggu kehidupan seharian itu adalah dikira masih normal..


ooooo ok! penat suda menaip skemot-skemot ni..boleh jadikan ni sebagai research aku tak? hahah!

ok jum cuci-cuci mata gambar-gambar kenangan aku di melaka :)

wajib bergambar di bukit st Paul :)



with my non permenant roomate..nasha :)


jalan-jalan with my senior..azam at kota A famosa :)
auww group of KSKB Trainee :)

di MITC outing with patients :)
poco-poco time!!! warming up :)















only a piece of paper form a big circle!



magic paper :)






















thats all people! take care of our mental health ok!! :)

buibui :)




kasih sayang oleh ;

2 comments:

Dhofwatul' Aisy said...

yup2! sokong kmo.. coz sy pun prnh lalui sume 2... first impression.. mak aii... mcm2.. tp lps p.. rupanya x lh trk sgt... mgkin bole kwn kot... ehehe... ^^,

Aifa Afiqah Sulaiman said...

yup...betol tu...if kita faham diorang,diorang boleh jadi kawan...tapi ingat...mereka juga boleh manipulasi kita..just take a precaution..btw,pesakit yang saya jumpa semua baik-baik :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...