pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Saturday, August 27, 2011

special VC Raya dari cik Aifa :)

assalammualaikum dan salam sayang semua..

memandangkan aku tengah sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya (sibuk lah sangat kan) , aku tak sempat nak update karangan panjang untuk entry kali ini.

aku pelik dan tabik jugak pada bloggers yang sempat berkongsi cerita pengalam raya mereka pada entry-entry mereka.aku pulak, nak berak pon tak da masa.oktipu.

oleh itu,untuk tidak mengecewakan para pembaca blog aku ni,aku adalah buat video clip sikit sempena raya kali ini.

khas untuk anda semua..

dinasihatkan pengguna berukband banyakkan bersabar kerana perlu menunggu video nie loading.

khas untuk anda semua :)


♥♥░(¯`:´¯)░♥♥♥♥♥SeLaMaT♥♥♥♥♥
░.(¯`•.\|/.•´¯)♥HaRI RaYa♥
░(`♥•.(۞).•´¯)░(¯`:´¯)♥MaaF DiPiNTa♥
░ (_.•´/|\`•._)(¯ `•.\|/.•´¯) ♥JiKa aDa♥
░ ░ (_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)♥TeRLaNJuR BiCaRa♥
░░♥░ (¯`:´¯)░(_.•´/|\`•._)♥SaaT KTa BRPaNTuN SeLoKa♥
♥░.(¯ `•.\|/.•´¯)::(_.:._)♥DaN BeRGuRau SeNDa♥
░ (¯ `•.(۞).•´¯)♥iKHLaS DaRi HaTi♥
░ ░(_.•´/|\`•._) ♥Salam Ukhwah♥
░ ♥░ (_.:._)´.♥(^.^)v♥
SELAMAT HARI RAYE MAAF ZAHIR...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. :)

buibui.salam sayang :)



kasih sayang oleh ;

Tuesday, August 23, 2011

My HearT & My Gaduh

salam sayang semua...

entry kali ini aku nak korang tengok ini.

tak nak tengok tak pe.

ada eyelid kan masing-masing?boleh pejam mata.bahaha!


adakah anda dapat buat perbezaan antara rajah 1 dan rajah 2 (dah macam soalan exam dah ni)

Rajah 1





Rajah 2




ok bubui.salam sayang :)

p/s : aku edit gambar ni hanya menggunakan photoscape.aku jadi noob kalau guna photoshop. header atas pon juz guna photoscape je.

ok nak timba air.hostel terputus bekalan air.jadi satu kolej tak mandi.oktipu.bye.








kasih sayang oleh ;

Saturday, August 20, 2011

korean fake! fake!

assalammualaikum dan salam sayang semua...

ok aku kali ni nak berkongsi rasa meluah kata..haha..

ceh..bermadah pulak kan?

semua orang tahu yang lelaki dan perempuan korea semua cun-cun dan kachak-kachak belaka kan?

aku pon mudah terpengaruh bila melihat kekachakkan mereka tu!

kalau tengok,meleleh air liur sebab kulit diorang flawless giler!

kulit aku pon macam bontot kuali..

tapi dekat malaysia ni banyak pula lah yang bajet korea...

fuh...sakit beb mata melihat diorang...

ok ni aku nak kongsi beberapa kumpulan yang bajet agak korea...

kenapa perlu ada MPOP? kenapa tak ada kumpulan yang betul-betul melambangkan identiti melayu kan?kan?


1. kumpulan perempuan bajet korea yang agak tak cukup kain! =.=


ni al kisah kumpulan gula-gula..kumpulan MPOP pertama yang aku pernah usha...pheww mengucap panjang la beb tengok diorang..kalau aku jadi lelaki,cair beb tengok betis diorang yang tak berapa korea tu..hahahah! kunun macam Girls Generation la tu! hahah!
*kakak nie comel lah..tapi akak ni kan orang malaysia..napa nak jadi korea?!kite tak suke tau tak!

2. Ni pulak kumpulan Kedua Bajet Korea.
KUMPULAN MAX 24.7


huyooo HANA TAJIMA jadi pelakon dalam VC ni..bahaha! korea habis! tapi muka melayu bang..tak dapat nak sorok dah..hahah! bajet-bajet! memusnahkan harapan aku untuk mencari jejaka melayu sejati macam shaheizy sam..hahha!
*kenapalah diorang terfikir nak jadi popular dengan cara yang sebegini..oooohhh stress habis..~


kesimpulannya...

AKU MEMANG MINAT ARTIS KOREA..TAPI KALAU YANG BAJET KOREA TU..PLISS LAH...KAN BAGUS KORANG KETENGAHKAN BUDAYA DAN ADAT ORANG MALAYSIA..HUHU BUAT APA NAK AGUNGKAN BUDAYA ORANG LAIN KAN?


ok buibui..salam :)



kasih sayang oleh ;

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday : si rabbit

salam sayang semua...

wordless for today is.........................

RABBIT YANG COMEL HAK MILIK CIK AIFA! (baru je beli kat THE STORE *showoff)



anyonyonyo....cumel nyeeee dia nie...macam nak geget jep telinge dia tu....heheh!
abaikan model yang sengal di atas =.=

ok bubui! salam :)

kasih sayang oleh ;

Tuesday, August 16, 2011

Realiti kisah cinta muka buku cik Aifa :)

assalammualaikum dan salam sayang semua....

aku memang payah betul nak hupdate entry kali ni..

then tup tap tup tap update,naik entry pasal cinta..

mahu tak muntah dan bosan korang membacanya?

ehem! before that,korang pernah dengar lagu si cilik NAJWA LATIFF tajuk CINTA MUKA BUKU TAK?

Sapa yang tak pernah dengar tu memang kulut banget seyh~ hahaha!

meyh aku bagi video clip beliau ni :



hehe ok mungkin ada orang tak akan percaya apa yang bakal aku ceritakan ini..tapi ini adalah true story based on my love story...

ok...

tak perlu aifa ceritakan apa yang berlaku di antara aifa dan si dia....

just read this lyrics and you can know it..

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

**************************************


mungkin terlalu awal untuk aku berkongsi cerita cinta ini al maklumlah...baru berputik..uhuk!! muntah! XD

ktorang berkawan agak lama...tapi hanya di facebook sahaja...yang aku tahu,dia merupakan pelajar outsourcing iaitu pelajar jurusan farmasi tajaan kementeriaan kesihatan Malaysia..cuma beza kami ialah,kami di tempatkan di kolej yang berlainan...

pada satu hari,tanpa aku dan dia rancang...kami bertemu di Jalan Tar Kuala Lumpur..memang tak rancang untuk berjumpa sebab sebenarnya kami putuskan untuk berjumpa selepas raya.Tapi kami dipertemukan pada 14 august 2011.

ye..mungkin terlalu awal untuk aku menjangkakan sejauh mana hubungan kami boleh pergi...

si dia menemani aku membeli baju kurung cotton..and im so impress sebab dia mempunyai taste yang sama dengan aku...dia yang pilihkan baju kurung tu and i love it very much!

kalau korang nak tahu masa ni kami memang dah bermandi peluh..korang tahukan jalan tar kalau waktu tengahari memang panas giler! berpeluh!! si dia lagi lah....berpeluh macam baru lepas kerja sawah! haha! pada masa ni aku cukup serba salah sebab dia terpaksa temani aku untuk pergi membeli belah.korang pon tahu kan kalau perempuan shopping macam mana..pergi satu kedai pastu tak jadi beli =.=

then si dia cakap lah.."awak..jom kita pergi times square je la..kat sini panas sangat lah"


mana tak nye...first date dah dok berpeluh-peluh...aku pulak time tu bajet pakai tudung hana tajima..perh muka pon dah sama berkilat dengan satin shawl aku tu..bahahha!

di times square...

kami pergilah sambung shopping kat sana...huish and once again si dia buat aku tertarik sebab dia tau taste shawl yang cantik ni! semakin bersemangatlah aku untuk mengenali si dia dengan lebih mendalam..cewah..

setelah kepenatan kami meround TS yang terlampau kecil untuk aku tu,si dia pon ajak lah duduk di depan satu kedai di mana ada kerusi di sediakan itu.

si dia berkata : i have something to confess to you.

pada masa ni lagu-lagu romance Taylor swift yang di pasang oleh kedai di depan kami di putarkan.

wahh so sweet...dan aku memang time ni fikir macam cerita fairytale yang aku idam-idamkan selam ini lah...huuu~

si dia tiba-tiba mengeluarkan henphoen dan menaip mesej.masa ni aku snagat bingung,apa yang dia mahu cakapkan...

ishh kata mahu cakap something dengan aku..tapi dok main mesej lak..

eh handphone aku menerima 1 mesej.

aku buka dan lihat tertera nama si dia.

aku baca..

"I LOVE YOU SO MUCH!"

aku tersenyum sambil tersipu-sipu malu... *bweekk

aku malu kot!

tak pernah orang lamar GF cam tu..yeke?ke aku je yang kolot..haha!

then aku pon reply :

"I LOVE YOU TOO!"

hehe kali ni si dia pula yang tersenyum termalu-malu macam siput baby..haha! opss gurau dear! haha!

dan pada masa ni lah aku serahkan keychain boxing yang aku pernah cerita dalam entry yang lepas. [BACA INI]

dan aku telah jumpa siapa yang layak menerima keychain tersebut..


*si dia tak boleh over expose sebab dia so special!

nama dia shaheizy sam.nama manja.bahaha! :)

Alhamdulillah..hubungan kami di restui oleh orang-orang...and aku berharap agar hubngan kami ni sampai ke jinjang pelamin.opss terlebih suda..hehe insyaAllah...

kami tak perlu risau sebab kami dua-dua sudah terjamin kerjayanya...jadi kepada adik-adik yang dok berangan nak bercinta melalui facebook...bahaya....macam-macam boleh terjadi...

yang penting study dulu..dah confirm keje baru boleh fikir nak bercinta ye sayang! :)

ok buibui..salam... :)





kasih sayang oleh ;

Saturday, August 13, 2011

cik Aifa dan satin shawl :)

assalammualaikum dan salam sayang semua....

topik kita pada hari ini ialah~~~~~~~


SATIN SHAWL!


kalau korang perasan kan,satin shawl ni jadi trend kepada gurl-gurly di luar sana..

termasuk lah aku yang terkona tempias satin shawl nie...

kalau korang nak tahu,aku sebenarnya dah lama dah beli satin shawl ni..tapi hampeh sebab aku tak pandai pakai....

berangan nak jadi hana tajima tapi jadi macam hannah montana pakai tudung XD

beribu tutorial satin shawl aku dah tengok kat youtube tapi sepatah haram aku tak dapat ikot! (aku memang suka hyperbola sikit)

tetiba malam tadi aku macam ternampak lah satin shawl yang aku baru beli baru-baru ni....texturenya lebih lembut dari satin shawl yang aku pernah beli sebelum ni.Jadi cam senang je nak bungkus-bungkus kat kepala XD

sebelum ni aku beli satin shawl warna merah mak ngah dengan harga RM 25 ..tapi bila aku pergi tempat jual shawl yang biasa aku pergi tu,harganya just RM15.00 je...jauh beza!

dah lah murah..senang jugak nak pakai....yang satin merah tu,keras macam alas meja!

anyone ada tips nak lembutkan shawl tu?haha!

bila da syok melilit shawl tu,aku sampai tak ingat macam mana terbentuknya shawl aku tu..!

btw,ni first time aku buat animated picture.macam best!



tehee..ada gaya macam hannah montana tak?bahahah!! hamboii berangan sakan aku ni kan....kalau sakit mata boleh tekan tanda 'x' pada bahagian hujung kanan anda :)

agak-agak korang kalau aku pakai shawl ni boleh terburai tak if aku naik ktm yang padat macam tin sardin tu?huh~ dalam bilik je la aku pakai nampaknye..sobs~

another thing,sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengiklankan shawl anda,bolehlah jadikan cik aifa model shawl..bahahhaa! (boleh dapat shawl free) ngeh3~


p/s : aku memang suka camwhore..ada aku kesah? HAHA ooo so tired la sebab tadi aku ada kelas....burn weekend aku minggu ni! =.=


ok bubui! salam :)

kasih sayang oleh ;

Wednesday, August 10, 2011

cik Aifa One step to be pure Malay girl :)

assalammualaikum dan salam sayang semua.

ok dengan sepantas kilat dan segigih Hang Tuah (gigih ke?) aku cuba menaip entry kali ini dengan sepantas kereta sorong bukan kerta Ferrari di sebab kan kesuntukkan masa dan ketimbunan kerja yang sangat banyak (ayat macam orang korea speaks melayu).

hari ini course aku ada OCCUPATIONAL THERAPY CONFERENCE 2011 yang buat pertama kali nya di anjurkan oleh senior kami batch 25.

you guys awesome ok!

aku memang suka upload gambar berjuta lemon yang akan membuatkan blog aku seberat aku. aku tak adalah berat mana.hueheheh~

untuk pengetahuan korang,aku one step to be perempuan melayu terakhir seperti mana yang tertulis di dalam info di atas.(sila pandang atas,tangan ke dada)

macam nak muntah apabila melihat aku berbaju kurung dan bersanggul bunga-bunga seperti seorang seri kandi melayu yang sopan. (muntah lagi)

berjalan terkepit-kepit ibarat perempuan melayu zaman saloma.

tersenyum tersipu-sipu malu macam siput baby..hueee~

straight the point,

aku terlibat dengan persembahan opening iaitu tarian ZAPIN dan tarian MALAYSIA IS TRUELY ASIA...

Ni lah first time aku dok atas pentas KSKB sambil menari keayuan.

macam-macam perasaan ada walaupon masa zaman sekolah dulu selau gak involve dengan zapin-zapin ni.teringat zaman muda..alahaiii~

so, two days before conference tu memang gigih lah berlatih...walaupon time puasa di mana perut kita kosong..tetapi nasib baik stamina aku banyak (mana taknya,sahur macam berbuka)




ni video semasa sesi latihan kami...banyak betul kesilapan time ni lagi-lagi aku..macam entah pape...kesian giler kot partner aku si tony tu...asek kena pijak kaki je oleh aku..tak pon kena tumbuk free oleh aku..nasib kau lah tony...huehehehe~



Day of conference.....aku dan geng-geng alhamdulillah..we all perform well..no more pijak kaki..tumbuk perut...haha..tapi yang kelakarnya,sepanjag perform aku asek ingat kan Tony..."ok,lepas ni Kopak..lepas ni asas...bla..bla..." mesti dia cakap dalahm hati... "SHUTDUP YOU aifa!" ahaha! penonton cakap aku yang paling kecik..macam budak-budak menari...waaa!!korang tahu tak aku yang mana?aku yang pakai bju biru paling light dan yang paling comel tuuu (perasan)...... :)




ni pula tarian penutup....aku sebenarnya tak berapa ingat step..haha! layankan je la ye!! tapi yang ni agak berterabur sebab masa ni lagu rancak then nak bernafas pon tak boleh! hahah!




cik aifa,Nasha dan koreografer dimple jilian :)


bersama shafiee di booth DOT's (kami bukan penjual jamu mak dara tau)


and lastly gambar perempuan paleolitik..haha! duta conference la kunun kan)

Actually banyak lagi gambar..tapi tak kan nak upload semua kan...penat nyah menunggu..haha!ok lah...lastly,one step to be perempuan melayu terakhir was achieved! haha!


p/s : ok nak tidooooo~ penat + tension sebab banyak dugaan dan cabaran sejak akhir-akhir ni..semoga hari ini lebih baik dari hari seterusnya :)

buibui salam :)

kasih sayang oleh ;

Sunday, August 7, 2011

ENTRY MENGELUH : GIVE UP.

assalammualaikum dan salam sayang semua..

mungkin aku akan jadi wordless monday untuk entry kali ini........




lihat saja assignment,report, dan research yang tak sabar nak suruh aku siapkan....

walaupon due date lambat lagi...tapi macam orang kata lah...sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

macam tu lah assignment and what so ever yang sedang menunggu aku ni...

alahiii....entry kali ini penuh dengan keluhan dan rintihan...sobs~

sesungguhnya bulan puasa ini menguji kesabaran aku.....

tak apalah..bulan puasa bukan satu halangan untuk aku...

dan sekarang aku rasa serba salah dekat one of my group..sebab aku mengaku aku kurang beri komitmen sejak akhir-akhir ni....sorry dear...huhu

aku berasa give up setelah melihat deretan assignment dan research dan akhirnya aku hanya memandang ringan semua tu.

WAKE UP AIFA!

aku kena kuatkan semangat dan lepas ni aku akan beri sepenuh komitmen terhadap tugasan dan tanggungjawab aku sebagai seorang pelatih!

remember aifa,

kau lagi setahun lebih lagi nak habis dan lepas ni kau dah nak kerja..

lagi banyak cabaran dan tugasan yang perlu kau selesaikan..

jadi jangan mengeluh!

caiyo2!

SEMOGA SELEPAS INI SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN....amin~


p/s : sejak akhir-akhir ni suka dengar lagu cinta muka buku-najwalatif :)


ok bye salam :)



kasih sayang oleh ;

Friday, August 5, 2011

cik Aifa jadi pengacara dokumentari?!! OMG!

assalammualaikum dan salam sayang!

waduh sudah lama aku tak hupdate belog aku ni kan...dah bersarang labah-labah....berhabuk! achOooOmM!

sejak bulan puasa ni aku malas sikit nak update belog...tak tahu kenapa..mungkin masa terluang di penuhi aktiviti yang lebih faedah?agaknya la...hahaha!

ok!!

firstly aku nak cakap yang aku lupa bangun sahur.

fine!

terlajak tidur..sedar-sedar dah azan subuh...mak aiiii redha je la!!


lepas tu tak ingat pulak yang hari ni aku kena pergi PUSAT KUSTA NEGARA untuk buat interview dengan warga emas kat sana bagi memenuhi kehendak projek Geriatric kami...


aku pergi sana bukan naik KTM ataupon motor ataupon benda yang bergerak.

aku pergi sana menggunakan kaki aku yang semakin lama semakin berotot-otot macam malik nor.

sudahlah jalan berbukit-bukit! dah macam jungle tracking bawak payung dah aku tadi.kawan aku si Daryl la tunjukkan shortcut untuk pergi sana.Fuhhh memang laluan yang mencabar!Denai,jurang,curam,cerun semua aku lalui demi semangat untuk menyiapkan projek kami tu.

cuba korang bayangkan.....

tak sahur + perut kosong + puasa + turun naik bukit + berpanas


tidak mengapa.......Puasa bukan satu halangan buat aku untuk melakukan semua itu.. :)


udah la..malas mahu berceloteh panjang...jom kita tengok short dokumentari dari cik Aifa ni yang telah berjaya di rakam oleh paparazi Yaminnnnnaaah~ haha!



kami tak dibenarkan untuk mengupload interview yang penuh disebabkan kami mesti menjaga kerahsiaan pesakit :)

enjoy this video..

selepas selesai semua tu....jom kita tengok gambar yang sempat di snap di Pusat Kusta Negara....view yang sangat cantik!!!!! tempat ni lah setting untuk filem Khurafat! yeah!

daryl jadi radicare di Pusat Kusta...cian... :(


kat sini rasa macam nak golek-golek je!


bajet model lah kau aifa..ooooww ada gaya seorang tukang sapu kuat berangan =.=



motip aku tadah tangan?



bunge kuning-kuning macam kabikushikabigemm!


buibui...salam sayang :)


p/s : pukul 4 petang ni ada latihan zapin...waduh... -pengsan-



kasih sayang oleh ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...