pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Saturday, September 24, 2011

cinta muka buku part 2 : muntah hijau

Assalammualaikum dan salam sayang semua... :)

saja je nak update entry ni lewat malam sikit..eh dah pagi la...baru lah feeling lebih-lebih sikit kan?haha!

satu ayat je aku nak kata.. "Hari ini dalam sejarah" ok merepek di pagi hari..haha

teheee~ saja je...actually today was a great day bagi aku...macam-macam perkara berlaku...ditengah-tengah kekalutan mengulangkaji pelajaran untuk exam minggu depan,ada lagi benda yang membuatkan aku tersenyum sepanjang hari..

Nak cerita pasal Date sebenarnya..tapi malu....hee mengadalah kau aifa!
aku hari ni  berjoli  berdating dengan en SS...kitorang take decision untuk berjumpa di Times Square.

awal-awal jumpa lagi aku dah dok merajuk dengan dia pasal hal yang remeh temeh (biasalah kunun nak manja-manja)

pasal melintas jalan je pon..mulut aku boleh jadi penyangkut hanger..tapi a few hour  minute lepas tu baiklah semula.. :)

Tapi memang best lah tadi...sebab kitorang berjalan sakan....sampai tak ingat lusa exam XD..(ingat lah sikit-sikit)

Kami take decision untuk tak tengok wayang...sebab bagi kitorang tengok wayang tu macam nothing la..sebab masing-masing fokus on movie and masing-masing diam...so lack of communication di situ ye.Better jalan-jalan..makan-makan sampai termuntah..so banyak lah cerita yang nak dikongsikan.. :)

apa motif si hazim buat macam ni pon aku tak tahu.. =.=

Around pukul 12.30 tgahari tu,kami pergi melantak kat McDonald Sungei Wang memandang kan perut  hazim  aku sudah berkeroncong menyanyikan lagu keroncong,so Hazim bawa aku makan kat MacD...so,apa lagi..BIG MAC satu bang + aiskrim ! nyum! my feveret tu....

After that,kami pon berjalan lah sekitar sungei wang melihat telatah anak-anak muda berpakaian pelik...sangat pelik..sampai hazim kata,tu lah type budak-budak pavi.. (si hazim penyokong anti pavi kids) HAHA...
Pastu hazim kata lah....nak pergi tengok budak-budak pavi tak?aku pon dengan bersungguhnya mahu lah...before sampai Pavi,kami singgah di Bukit Bintang and kebetulan pula masa tu ada function apa ntah..F&N punya karnival...ada awal asyaari!  ensem! 

Awal on stage...gambar kecik la memandangkan aku tak mampu beli  DSLR lagi..sobs~

sangat seronok dapat balloon from F&N.Terasa sangat comel membawa balloon berjalan-jalan..tapi terpaksa kami lepaskan sebab nak melintas jalan susah (once again..prob melintas jalan)
si hazim yang kepanasan...kena paksa ambil gambar..haha!

yang bestnya,kita boleh ambil air F&N free je bai....kalau minuman free semua sedap..haha! saja je promo padahal hazim yang habiskan memandangkan i ni tak suka sangat air manis...ki3..

Lepas puan kami di karnival tu,kami meneruskan perjalanan lagi ke destinasi yang di tuju (macam ayat laporan lawatan masa sekolah rendah)

sesampainya di Pavi,perkara utama yang kami cari...pavi kids..motip!!!

Pastu aku nampak lah ada waterfront kat entrance pavi tu..beriya-iya nak ambil gambar..tapi tak jadi sebab takot-takot dicop budak pavi XD...ahahaha!

macam cantik background dia...hye abg temok-temok comel! :)

ada gaya bloggers tak bergambar kat sini?haha! :)

ok....agak mengecewakan sebab tak dapat tengok gaya-gaya menarik budak Pavi..sobs..tapi....jeng-jeng!

"sayang...cuba tengok tu.."

what i saw in front my eyes ialah....
lebih kurang macam ni lah..


hadoiii...dan aku just boleh kata... "oooo...pelik sungguh.."

OK aku nak skip cerita..takot kontroversi pulak nanti..hehehe...

Di Times Square..

Sempat lah jugak aku beli satu handbag...perempuan...mesti beli at least satu barang..haha!

makan di Wendys..sedap!!! Pasta ! love it!

Then tengah-tengah makan ni...hazim kata lah...dia nak pergi solat asar dulu memandangkan masa tu dah jam 6.00 petang...dia suruh aku tunggu dekat restoran tu je...so aku pon macam angguk je lah memandangkan aku tengah khusyuk makan pasta tu....

after dia pergi,aku macam pelik.....sebab..wendys tu kire kat tingkat ground floor i think and surau tingkat 8...haishh takkan dia nak tinggalkan aku?what about me!!!

so,dalam masa menunggu dia tu,aku pon belek-belek camera aku and terbongkang  bersandar kekenyangan.....

half and hours later,

Terkujat gigirl sebab tetiba sebelah aku ada Teddy bear besar punya berwarna pink! and spontaneously aku peluk teddy bear tu tanpa segan silu dan tak tahu malunye...

guess what..hazim gave suprised yang tak berapa suprised tu pada aku...hehe...

dear hazim...actually i dah tahu yang u mesti belikan i something sebab muka u tu told me everything.,,,gaga!

tak apalah...i appreciate it very-very much!!!

muka control excited dapat bebear pink!!!!!!!!!!!! macam dalam mimpi pulak...

thanks hazim....amboii..habiskan pasta syg nampak..balas dendam ke bang oii..haha :)
thx dear...you always make me smile...make me laugh and kadang-kadang make me tacink..haha!



for those yang tak suka baca this entry korang boleh tutup mata atau tutup komputer...this entry untuk kenangan aku dan dia..mungkin untuk anak cucu?bahahah! berangan....yang muntah hijau tu,silalah muntah..aku tak bertangunggjawab..not me..not me..haha!

ok..thats all..bubui...salam sayang guys :)

kasih sayang oleh ;

Thursday, September 22, 2011

Randomly about my exam,Research and clinical Attachment

assalammualaikum dan salam sayang all readers :)

hari ini kita nak cakap pasal apa ye?haha! thought block sudah ni...

eh-eh! apa nie..kenapa tetiba jadual exam Mid semester ada tepek kat sini besor-besor!! sengaja lah tu nak remindkan aku tentang exam yang akan berlangsung 26hb ni..huhuh...
semester ni aku ada 7 paper yang aku perlu struggle...and semester ni aku akan buat praktikal di HOSPITAL MELAKA dalam bidang psychiatric (orang gila)
my mom sejak dua menjak tahu akan buat praktikal dalam psy ni selalu sangat ceritakan benda yang seram-seram kat aku..contohnya, "ika..mama ada baca berita,orang gila ni dia korek mata pesakit lain then genggam biji mata tu sampai pecah." Then aku pon macam terkedu,membisu..and aku pon cakap "Mama...jangan lah takutkan ika...sebab tu ika ni penakot nak bawa motor sekarang ni..sebab mama selalu takotkan ika dengan cerita-cerita accident ni.." 

Insyaallah kalau niat kita ikhlas,segalanya akan dipermudahkan..amin... :)

ok...aku tak ada tajuk yang spesifik untuk kali ini...just semuanya pasal keberlambakan  kerja-kerja yang bertimbun di samping exam yang bakal tiba dan segala-galanya macam hiruk pikuk bagi aku sekarang ni..

and i'm so glad sebab as we are the first batch yang guna format baru dalam pembelajaran,kami different from our senior...Memandangkan kami ada 7 subjek tu struggle of,our research telah dipermudahkan...and guess what,kitorang just buat pair or bertiga and do only ONE research.OO...kurang sedikit beban kami ni....

Aku telah berpasangan dengan my only best boyfriend (i mean kawan lelaki yang paling rapat lah)..glad sebab kami sememangnya sudah serasi antara satu sama lain as both of us are MPP (ayat poyo).and FYI,dy adalah Setiusaha MPP kolej...bangga sikit.haha!and dia ni rajin + pandai..syukur lah dapat ko daryl..haha! boleh ketuk aku bila aku malas! ngehehe~


besides him masa dinner last semester

ohh daryl....gambar yang paling skema aku stalk dr FB ko..ahha!

OK...aku dan si daryl telah memilih tajuk :

KESAN INSOMNIA TERHADAP KEUPAYAAN WARGA EMAS UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN (ADL) 

@

EFFECT OF INSOMNIA AMONG ELDERLY THAT CAN AFFECT THIER ABILITY IN ACTIVITY DAILY LIVING (ADL)

Itu lah tajuk kami..dan sekarang ni..kami dalam proses untuk menyiapkan proposal research...
adakah kami berjaya menjadi penyelidik yang terkemuka! cewah! berangan habis...haha!

ok lah itu sahaja...sekarang jam menunjukkan pukul 1.40 pagi..dan saya masih menghadapi nota yang tak mungkin habis dibaca.. =.=

ok..bye-bye..salam :)


p/s  : sabtu ini aku akan bertemu si dia shaheizy sam sebelum aku pergi praktikal ..insyaAllah.... :) 



kasih sayang oleh ;

Sunday, September 18, 2011

ASMOT 2011

assalammualaikum dan salam sayang readers....

ok entry kali ini aku nak sharing sikit event yang telah aku pergi semalam iaitu Academic Symposium Of Malaysia Occupational Therapy Students (ASMOT 2011) mahu tak semput nak sebut nama event nie..haha!

ok event ini berlangsung di DK500 UiTM Puncak Alam.

dah macam laporan lawatan pulak aku buat entry kali ini kan..tak apa lah asalkan niat ingin berkongsi..hehe :)

This event should be started at 8.00 a.m but our bus driver lambat..so around 8.45 cam tu baru bertolak.huhu..

nak jadikan kisah yang agak tak berapa nak serabut...Night before that event aku tido lambat..aku tido around 3.00 a.m..so,pagi tu memang tak sedar alarm..perh! gelabah habis sebab tengok jam dah pukul 7.15 pagi..and ktorg kena kumpul pada pukul 7.30 pagi..

so i took my bath tak sampai 5 minit and doing all thing dalam masa tak sampai 15 minit.wow! pencapaian terbaekkk..haha!

Then bergegas kumpul depan audi..tengok-tengok diorang masih relax2 makan roti dengan jem kaya..pffss =.=

penat-penatnya aku bersiap macam train tadi..huh..pak cik bus pon masih selamba mengeteh minum air teh tarik sama roti canai (hyperbola pulak aku)

Tengah sesedap tunggu bus,ok ni rahsia korang tau..

OMG! i wore a wrong uniform! no i mean i wore uniform aku yang koyak!!! macam mana ni! although its not so obvious,tapi still nampak if i raised my hand! koyak kat ketiak baktu!

So,memang macam pelik lah sebab sepanjang hari aku pakai cardigen hitam untuk cover baju itu..panas terik pon aku tetap bertahan..pfss ni gara-gara nak cepat lah ni! main ambil je baju apa-apa!

so,skip cerita,ktorang sampai ke UiTM around 9.30 a.m i think...thanks a lot to organizers yang setia menunggu kami :)

A warm welcome from the organizers to us...tak lekang senyuman diorang tau..

Guess what,im so impressed and excited since this is my first time jejakkan kaki di sana..The view is sooo enchanting!! best-best!

The most excited moment bila bertemu dengan kawan-kawan yang selama ni kita kenal melalui FB then dapat jumpa in our real life. :) and not forget..gembira dapat jumpa Dumex..sebab kami pernah praktikal sama-sama dulu.. :)


ni gambar before bertolak..actually yang belakang tu tengah tempered sebab saya lindung mereka nak ambil gambar..tehee~~
tadaaa! i meet Hafizah @ dumex there...hehe..miss her so much!!! dia ni student UITM.. :)
ooooo tidak lupa jugak...makanan yang disediakan pon enak-enak belaka dong...such a comfortable place untuk saya makan! :)
sepanjang hari tersebut,kami melihat prensentation research oleh KSKB nad UiTM presenter..wah! best! mencabar! tabik dengan keberanian mereka present in english..kalau aku lah..terjun pentas lah jawabnya..Guess what,diorang present depan prof,lecturer,therapist,Doc..waaaahhh!!! @_@
my senior yang participate in poster presentation :) kak oja and kak atikah nabila...

bila berada di tempat orang,haruslah mengambil gambar untuk dijadikan kenangan :)

owhh yang lelaki tu one of my FB's friend..his name is Fahmi...dia jadi moderator that day...besides him yang aku jumpa ialah aiman...tu pon dia yang tegur aku.. "aifa kan?" ecehhh macam terkenal plop.bahahha!

UiTM di hati mereka and KSKB di hati ku :)


Lastly,we gain so much knowledge ( i think) about this event....gerun pon ada jugak sebab kami akan buat research jugak nanti...and sekarang dalam proses menyiapkan proposal untuk research...fuhhh~


ok..till then..bye-bye..assalammualaikum :)


kasih sayang oleh ;

Friday, September 16, 2011

korang tak kenal aku ke?aku tacink. :p


assalammualaikum dan salam sayang semua pembaca...

macam tak percaya bila aku update blog...dah berminggu tak update ni...hehe sorry guys...

ok..kali ni aku nak wat entry sesimple yang mungkin lah.malas nak penat-penat kan jari menulis,otak berfikir,mata membaca kan.hehe

ok..aifa nak share....

 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG CIK AIFA :

muka ceria setepek untuk korang..ngee
  • bila masuk toilet asrama WAJIB tak pakai spec mata @ contact lense.Sebab aku ni jenis penggeli...aku tak sanggup tengok benda-benda dalam toilet yang tidak sepatutnya macam TETTT....huh shit! kalau tak,memang tak jejak lah aku kat toilet tu.

  • once korang kata korang nak beritahu sesuatu kat aku,korang WAJIB beritahu..kalau tak,aku akan muncung mulut macam hanger baju sehari suntuk sampai korang beritahu aku.so...carefull ar! haha!

  • aku tak akan keluar rumah dengan tak mandi.WAJIB mandi ok.

  • aku akan pakai celak walaupon aku setakat nak pergi cafe dan itu memang kebiasaan aku sejak dari kecik lagi dipakaikan celak oleh mak aku.So,pada sesiapa yang tak suka tengok aku pakai celak tu,ko boleh tutup mata ko ok.

  • bila aku marah,aku akan diam.bila aku geram,aku akan menangis.

  • aku akan rasa sensitif bila aku cakap dengan orang,orang tak tengok muka aku.Dan aku akan rasa tersinggung jika orang menegur aku secara kasar dan ayat menyakitkan hati.

  • boleh menjadi shopaholic kalau ada duit yang banyak.agak boros kot.tapi masih boleh dikawal.

  • tidak gemar masuk kedai branded @ berjenama sebab akan rasa diri ni tak layak masuk kedai sebegitu.

  • merupakan pembeli setia di kedai baju Thailand bila elaun masuk.

  • malu bila berhadapan dengan orang yang baru dikenali dan menjadi seorang yang peramah bila dengan kawan-kawan lama.

  • suka kan kejutan dan amat menghargai pemberian orang, (please alert ye en boyfriend) HAHA

  • mudah tersentuh bila melihat penderitaan,kesusahan orang lain..especially budak kecik yang kena dera,wanita kena bunuh,remaja yang meninggal pada usia muda,orang tua yang menderita dan uzur dan lain-lain.

  • manja bila bersama si dia...ganas dah macam pengkid bila bersama kawan-kawan...sopan dan pemalu bila bersama orang yang tak dikenali...professional bila berurusan dengan orang penting.senang cerita aku ni multicharacter...haha ada ke word tu?

hahaha yang last tu tak boleh blah kan?


dah kenal aku?

ok itu aje...bye2...salam :)





kasih sayang oleh ;

Thursday, September 8, 2011

apa yang anda lakukan bersama adik semasa cuti? :)

assalammualaikum dan salam sayang semua pembaca yang agak-agak tidak  setia..hihi

dah lama ye aku tak hupdate belog aku ni...

setelah puas aku beraya.....mengumpul duit raya....aku terasa bosan dan aku terfikir pasal belog aku yang dah berkurun tak hupdate..

fuhhh sekejap je rasa cuti selama 2 weeks ni...boleh tambah lagi tak? wuwuwuw~

dah habis raya,demam pulak datang menyerang....hingus selambak ibarat gunung lambak...sabor je la yop...

banyak pulak mukadimah merepek kerepek aku ni kan.ok back to our topic la...

apa yang anda lakukan bersama adik semasa cuti? 


adakah anda :

1. main masak-masak
2. tengok TV
3. tumbuk-tumbuk sebab berebut remote TV
4. pakai makeup setebal kasut 5 inchi dan ambil gambar ala-ala photoshoot
5. beraya rumah orang yang tak kenal dan mintak duit raya? (musim raya)
6. main kejar-kejar
7. jadi mando arahkan adik buat kerja rumah.
8. anda tak buat apa-apa dan tidak menghiraukan adik anda. (paling teruk)

ok tak mahu lah list panjang-panjang nanti makin lama makin merepek pulak.aku tak tau apa yang korang lakukan bersama adik korang bila korang tengah cuti semester ke..cuti sekolah ke...cuti bersalin ke....tapi kalau aku kan,asal aku cuti je mesti perkara yang aku mesti buat bersama adik ialah :

1. bukak lappy..bukak youtube then search lagu kanak-kanak..hamboii adik aku yang si Acha tu suka betul.
2. Tengok kartun 24 jam bersama dia.best jugak la sekali skala layan...tapi lama-lama aku rasa aku dah
    macam masuk dalam dunia kartun dah =.=
3. bukak lagu kuat-kuat dan menari bersama beliau!!! yeay i loike!
4. bukak webcam then kami buat macam talk show mengarut sendiri.dah banyak dah video aku record
    bersama adik aku tu.haha

contohnya macam video ni :



ini la orang yang kunun-kunun nya tak ada kerja yang nak di buat.mengarut depan lappy.sampai lappy pon kadang-kadang hang...sadis betul... =.=

ok moral of the story....

"kanak-kanak ni bijak dan ada 'magic'..mereka boleh baca fikiran anda,mereka boleh tafsir hati anda.so,be nice to them dan ikhlas lah bila melayan karenah mereka.They full of color that can make your life more beautiful than a butterfly"
-aifa afiqah sulaiman,2011-


p/s : hubungan aku dan shaheizy sam semakin lama semakin bahagia.Alhamdulillah...tak sabar nk jmp si dia ahad ni...ooo terlupa pulak,countdown untuk mid sem exam...wish me luck ok!


ok bubui!! salam :)



kasih sayang oleh ;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...