assalammualaikum dan salam sayang semua.......
actually aku tak tahu nak cerita pasal apa kali ni...
pernah tak korang suka seseorang secara diam-diam?aku ingat aku seorang je pernah..tapi aku percaya ramai yang macam aku ni....huhu
masalah jiwa betul lah aku ni.....
aku adalah sukakan seseorang tapi aku takut nak meluahkannya....takot hubungan persahabatan tersebut dicemari dek kerana perasaan ini...so aku ambil keputusan untuk mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan sesiapa..
al kisah bermula~~
aku masa tu ada singgah satu kedai hadiah yang barang-barangnya so sweett somewhere at KL~~then aku belek-belek lah barang kat sana tu..aku terjumpalah sesuatu yang aku rasakan how sweetttt~~
ok fine aku tak tahu kenapa aku beli benda alah ni.aku ni memang suka kerepek merepek.tambahan pula,aku selalu hidup dalam dunia khayalan aku.tapi aku bukan ada scizophrenia tau!!
masa aku beli ni,aku terfikir,aku akan bagi benda ni pada seseorang yang aku suka..tapi..lepas balik ke bilik tu,aku 1000x fikir balik..."arhhh bongek kau aifa...membazir duit kau beli..." ! =.='
aku paling tak suka apa yang aku rasa ni...aku suka seseorang...tapi aku takut nak luahkan...aku lebih suka dia yang approach aku dulu.wah ego aku sebanding gunung himalaya.bahaha!
aku memang suka berangan aku ada pakwe sedangkan hakikatnya....jeng...jeng...no komen! entahlah...orang lain sibuk belikan hadiah untuk pakwe masing-masing aku pon nak sibuk gak.tapi lepas tu,barang yang aku beli untuk pakwe khayalan aku tu,aku buat pekasam dalam laci bilik.kesian giler.tak tahu nak bagi siapa kot.sesiapa yang nak tu boleh lah tuntut kat aku.haha ok gurau.
korang rasa cam nak muntah tak baca entry kali ini?sila muntah berjemaah di sana sebab aku nak sambung tulis lagi ni.
aku tak nak lah pisang berbuah dua kali....macam ni gak lah situasi aku...aku suka kan seseorang,then dia yang approach aku dulu.tapi aku jual mahal giler macam jual mini cooper edisi terhad.dan akhirnya,apabila aku sudah bersedia membalas cintanya,dia baru sahaja berpunya.so,menyesal.undur diri.sedih.
orang selalu berpesan.. "aifa,kau jangan lah jual mahal sangat.."
masalahnya mahal sangat ke aku jual ikan?ok bukan.
aku bukan apa..kenangan lalu mengajar aku untuk lebih matang dalam membuat keputusan..tak mahu bersikap terburu-buru.lepas tu aku akan jadi andartu sebab jual mahal.JAUHKAN!
ye lah..jodoh pertemuan di tangan Allah..kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan kan?betul tak?
ok,sebelum tu aku nak tunjuk lah print screen status aku kat FB malam tadi....apa yang kawan-kawan aku kata pasal status jiwang aku yang membuatkan ramai orang muntah-muntah di luar sana :
ok fine...ada jugak kawan aku kata yang aku ramai jugak menolak cinta orang ni...tapi aku tolak atas alasan tertentu.tu tak bermaksud aku ni cerewet,bawel,bajet dan seumpamanya..tapi aku mahukan seseorang yang serius dalam sesuatu perhubungan.bukan setakat "awak...saya suka kat awak...harap awak balas cinta saya ni.." not my type untuk seseorang itu memaksa di dalam sesuatu perhubungan.tak suka tau.
lagi satu,aku ni agaknya jenis perigi cari timba kot..bila aku suka seseorang tu,mesti dia tak suka aku..dan bila orang tu suka kat aku,aku pulak tak suka kat dia.what the hack with you aifa!
ok fine.
akan lebih gigih menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini.cewah!
btw,ni last semester aku kat kolej..after this aku akan pergi practical selama setahun dan akan tiba masanya aku mengucapkan buibui kepada kolej tersayang...hanya akan kembali ke kolej 1 week before exam.memang tak ado mase den nak cari jodoh ni.aduyai~
sebelum habis,jom nyanyi lagu ni ikut rentak lagu bangau owh bangau.
research ohhh research kenapa ekau ado...
macam mana kalau kau tak ada..
ekau gagal exam..ekau gagal exam..
exam oh exam kenapa ekau ado.
kalau aku tak ada,
ekau tak kan berjaya 2x
aifa oh aifa kenapa ekau tak ado pakwe,
macam mano aku nak ado,
aku malas nak fikir 2x..
ok tq.buibui :)
kasih sayang oleh ;