pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Thursday, July 21, 2011

ayuh kita bagi darah pada vampire! tipu.

assalammualaikum dan salam sayang semua....

dah lama kan tak hupdate belog cumel ini.okey perasan.

aku dah 3 hari memikirkan nak tulis topic apa lah untuk belog aku ni...macam dah kering kontang dah otak ni...cerebrospinal fluid pon dah kering.kalau tak tau cari kat google ok.

ok aifa nak cerita hal sian tadi di kolej.

hari ni kat kolej aku ada kempen menderma darah..

oowww excited ye aku serta kawan-kawan aku mahu join..

haha tapi aku tukang beri support je boleh lah..ngeh3..

aku denga bersemangat dan berhati waja nya mempunyai niat untuk menderma darah...

tetapi........

bila aku timbang berat aku....

ommmyyyyygaiiidd~~

aku ni aneroxia Nervosa ke???! nak kata aku Bulimia Nervosa tidak jugak~

kurus,slim melim giler aku!

kerempeng?oh bukan.

berat aku tak melepasi berat yang diingini la....Body mass index aku ialah UNDERWEIGHT.

fine.tacink.

ok..antara advantage bila kita menderma darah ialah :


Ganjaran Dan Faedah Menderma Darah

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa hukum menderma
darah itu adalah harus.

Bahkan menderma darah merupakan salah
satu perbuatan yang berkebajikan dan sangat bermanfaat kerana
terselindung di sebaliknya konsep tolong-menolong sesama
saudara Islam.

Menderma darah juga suatu amalan yang mulia
kerana seseorang yang menderma darah itu tidak mengharapkan
sebarang balasan, khususnya daripada segi kewangan ataupun
material. Sekalipun hanya sebagai derma ataupun sumbangan
sahaja, namun janganlah ia dipandang sebagai sesuatu yang sama
sekali tiada mendatangkan keuntungan.

Seseorang yang menderma darah pasti akan menikmati kepuasan
hati kerana telah menyelamatkan nyawa lain dengan darah yang
telah didermakannya. Perlu juga diketahui bahawa setiap satu
pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh
menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan
sebagaimana yang telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya
seperti berikut:

i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan
menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup
yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu
merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan
seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana
selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan
berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh
untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi
menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan
pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama
di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat
besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan
risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok
yang kerap atau berulang-kali menderma darah.


see banyak lagi advantage bila kita menderma darah ni.....dapat ganjaran pahala lagi tau...aku harap satu hari nanti aku jugak akan berpeluang untuk menderma darah ni.

so misi aku sekarang ni...NAIKKAN BERAT BADAN KE ARAH MENJANA TABUNG DARAH NEGARA. yeay! semangar giler! hahaha!

bila aku tengok diorang kena cucuk ni..pastu darah keluar bebanyak nak pengsan gak tengok..tapi kite kena cekalkan hati sebab aku ni bakal ahli perubatan.so tak mo takot-takot darah ye cik aifa..ngee~

*tapi darah dia banyak keluar! -pengsan-


*jeles tak dapat derma!

*berharap berat badan menaik secara automatik


*can you give your lemak for me?



ok dats all...full of frustration sebab tak dapat derma..haha poyo jep! oooww by the way,..tadi makan-makan jawatankuasa orientasi dan MPP sangat happening.erkk alhamdulillah..kenyang! :) (tapi tak gemuk-gemuk jugak =.=')


buibui..salam sayang..muahh sikit! hehe


kasih sayang oleh ;

2 comments:

Xavi De said...

pakcik skali pon xpernah derma darah...??
takut...?? choii...mane ada...
(padahal muka da pucat dah...)

Aifa Afiqah Sulaiman said...

hee...saye pon takot gak..tp mmg teringin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...