assalammualaikum dan salam sayang semua
"HEY KENING KAU MACAM ULAT BULU LAH!"
ok itu topik entri aku untuk kali ini.Pernahkah korang menerima kutukan seperti di atas??
bagi aku,aku memang pernah kena kutuk pasal kening aku ni sewaktu aku di alam persekolahan dulu.
tapi aku terima kutukan diorang sebab aku bersyukur Allah mengurniakan aku sepasang Kening. Kalau tak ada macam mana? syukur aku ada. Indah sungguh ciptaan tuhan...
walaupon aku tidak secantik orang yang mempunyai kening yan tipis lagi halus,aku tetap dapat jalani kehidupan sebagai seorang manusia normal.Aku juga berjaya apa...tak da beri impak pon dalam kehidupan seharian aku.
Aku pernah terbacalah satu hadis ni : diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”aku tidak akan sesekali mencukur kening aku sebab aku bersyukur dengan pemberiaan Allah.
aku tak kisah kalau orang cakap kening aku macam apa asalkan aku tahu apa yang aku lakukan betul.
mempersoalkan kecantikkan pada rupa paras kita sama juga mempersoalkan ciptaanNya.
p/s : orang cukur kening ni ingat cantik sangat ke?huhu...mak kata kalau cukur nanti makin lebat....betul ke?HAHA!
haaaa!! sebelum aku lupa! cantik tak HEADER aku yang baru ni??! cantikkan?? kalau korang nak tahu,budak ensem ni yang buatkan!!
nama dia ANIF ABDULLAH atau lebih di kenali dengan nama MR AA (kunun nama glamer la tuh) hehe..
tapi memang dia baik hati giler lah nak buatkan cik aifa header baru ni....(padahal cik aifa dok sibuk mengendeng-ngendeng nak header baru kat dia)
cik aifa memang admire lah dekat dia dan sebenarnya ada hati kat dia ni..wooopsss tipu ye (nak minta dia promote blog cik aifa)
dia punya belog pon best tau....banyak entry yang syok-syok...korang memang kena jenguk dia ni lah...cewahhh cik aifa promote baik punya!
lagi satu,korang nak tahu tak...dia ni ensem!! (sekali lagi cik aifa promote)
ok tu je la rasanye...
hahaha!
MR AA cakap,kalau nak tempah header kat dia boleh...
dia cakap header yang dia buat untuk cik aifa ni hanyalah try and error aje...
sobss~
ok the real bye.. :)
ok buibui salam! :)
cik aifa afiqah
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
6 comments:
Thanks!!..terharu plak ,Haha ^^
yes! MR AA dah terharu! hahaha! ley menggedik minta dy promote! ahhahaha!
lain kali kalau ada orang kutuk kamu camtu, kamu cakap "ni la ulat bulu yg menggoda"...
bagus2, sbb kamu tau mane halal, n mane haram..syukur dgn pemberian Allah...:)
hehe yup pak cik..syukur :)
kita adalah kita..biarkn mereka yg dengki dgn kita:)
jadi diri sendiri lagi baik kan :)
Post a Comment