pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Wednesday, April 13, 2011

Perkongsian : 6 cara aifa tingkatkan keyakinan diri!

Assalammualaikum rakan-rakan aifa....kali nie,aifa nak sharing maring sikit pasal cara-cara untuk menghilangkan rasa malu untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang ramai.Memang la setiap orang Wajib mempunyai rasa malu dalam diri tetapi,malu hendaklah bertempat.

korunk percaya tak yang aifa nie pemalu orangnya?hehe tolong jangan vomit di sini ok..tapi tu lah hakikatnya..Aifa ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalu suatu ketika dulu..antara benda @ aktiviti yang menjadikan aifa pemalu apabila :

  • hendak membeli makanan segera seperti di KFC dan seumpamanya.Malu nak cakap order.Pernah lah Aifa "di paksa" oleh parents aifa untuk membeli kentang putar,then aifa boleh plak tergagap di depan kaunter tu...hahah! -malu-

  • semasa membayar di cashier.Aifa akan menggelabah untuk mengeluarkan duit daripada purse aifa sehingga duit-duit syiling bertaburan di lantai.Di tambah lagi dengan keadaan tangan yang tremor seperti orang ada parkinson's disease..tak dapat di elakkan.. -malu-

  • Berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenali.heerrr nie sampai sekarang ok!

ok! nie lah cara-cara aifa nak hilangkan rasa malu tu :

  • sebelum keluar bilik,aifa akan tengok cermin dan self talk pada diri aifa sendiri.contohnya : hai awak...nice to meet you..hehe! walaupon macam orang tak berapa betul,tapi ada rasionalnya tau...dengan bercakap di hadapan cermin,kita dapat reflect diri kita sendiri.

  • sebelum tidur,aifa akan plan apa yang aifa nak buat,apa yang aifa nak cakap bila berhadapan dengan orang ramai.hehe.Rasionalnya,bila kita bangun tidur,tak da lah blur kan nak buat apa bila jumpa lectrer,pesakit dan orang awam

  • selalu menyertai pertandingan yang melatih diri aifa untuk bercakap di khalayak ramai.contohnya,masuk pertandingan public speaking, debat ataupon pidato.Secara tak langsung,ini dapat meningkatkan tahap keyakinan kita untuk bercakap di khalayak ramai dan kikis sifat malu yang tidak bertempat itu.

  • sentiasa berpenampilan kemas dan cantik.walaupon cantik tu subjektif,tapi bagi aifa..seseorang akan berasa yakin untuk berada di khalayak dan berasa yakin dalam setiap langkahnya apabila mereka berpenampilan kemas dan cantik.Bagi yang perempuan tu,jangan biarkan muka ada pucat ok! dan bagi lelaki jangan biarkan jambang anda menyelaputi muka..KEMAS ok! hehe!

  • cara aifa seterusnya ialah,aifa akan tarik nafas dalam-dalam @ deep breathing sebelum aifa berhadapan dengan orang ramai..secara tak langsung,tremor aifa dapat gak di kawal..hehe..bila kita melakukan deep breathing,otot kita akan menjadi lebih relax dan pengaliran darah kita akan mengalir secara normal dan jantung kita tak dalah tergopoh gapah mengepam darah! hehe!

  • sentiasa letak dan lekat dalam hati aifa dengan kata-kata nie "aifa,kaulah orang yang paling comel dan yakin di sini (berdasarkan tempat aifa berada)" rasionalnya,walaupon bunyinya macam berbangga diri,tapi ni merupakan tips yang paling berkesan...anda hendaklah menghargai diri anda sebelum orang menghargai diri anda.Jadi,anda tidak akan berasa malu dengan diri anda..tak dalah anda down to earth sgt kan sampai masuk lapisan mantel bumi! hehe!

kalau anda seorang yang pemalu,susah untuk bergaul dan tiada kemahiran untuk berkomunikasi di khalayak ramai,cubalah tips yang aifa gunakan untuk diri aifa selama ni.hehe!!

SELAMAT MENCUBA

saye nie pemalu orangnye~ ark3!! vomit-vomit!

3 comments:

Syaza said...

heyy, thanks singgah blog :) kat blog aifa ni tak ada shoutbox ke nazu yang buta? xD

Aifa Afiqah Sulaiman said...

syaza..pnh ada..tapi aifa da buang..mcm nyemak jep! ki3!! tapi tengoklah nanti,lau rajin aifa buat balik k! =)

Eljie emotion said...

Saya malu jumpe prmpoan dan bercakap dan satu lagi rasa gementar sampai xleh buat apa2 aduh menyusahkan betol la....bile jumpe dia mzti sembunyi xnak kuar rumah...padahal nak jgk jumpe dia ada nasihat x pleazzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...