assalammualaikum dan salam sayang semua...
aku ada dapat kejutan yang aku sendiri terkejut!!
Ya Allah!!!
aku berjaya dan lulus dalam peperiksaan akhir semester aku!!
syukur alhamdulillah....berkat usaha aku dan doa-doa anda semua..akhirnya,aku berjaya melangkah ke semester seterusnya.....huuu..nak nanges kegembiraan... :(
tetapi..memang penuh cabaran dan dugaan lah sebelum ambil keputusan tu!!!
2 hari sebelum keputusan peperiksaan keluar.
pensyarah aku merangkap mentor aku hantar chat dekat aku di FB.
"aifa,kamu dah balik ke?"
ok..soalan ini sangat gerun bagi kami yang tengah menunggu result.so,better jauhi diri anda dari di tanya sebegini oleh pensyarah sebab ini adalah petanda bahawa,anda tidak boleh balik sebab kena ambil repeat paper. =.='
sehari sebelum keputusan peperiksaan.
pada masa ni,aku ada sukaneka..aku terdatang lambat di sebabkan 'masalah' tertentu.hahaha...tetiba...aku ternampak pensyarah aku merangkap mentor aku dari jauh...dalam hati aku.. "alamakkkk..."
"haaa! mentee ! (gelaran bagi aku)....kamu jangan balik lagi!~"
ok! ini sudah melampaui batas!!!! sesungguhnya aku memang telah menetapkan fikiran bahawa aku GAGAL kali ini..tidak~~~~ nak tercabut jantung aku!!
di hari keputusan peperiksaan keluar.
masa ini aku otw pergi ke makmal di mana semua pelajar mengambil keputusan peperiksaan mereka di situ..
tiba-tiba......
pensyarah aku merangkap mentor aku berteriak dari jauh apabila beliau melihat aku dok terkesen-keseng berjalan..
dalam hati aku..
"alamakkkkk~~"
"haa!! mentee!!! lepas ambil keputusan,jumpa saya!banyak saya nak cakap dekat kamu!"
ohhhh~~~ pada masa ini..air mata bercucuran......berlinangan..mata aku menjadi merah saga....sudah pasti aku GAGAL...............semua kawan-kawan aku memeluk erat aku bagi menenangkan jiwa yang bergelora ini..ecececec~~ ahha
dan lagi sekali...mentor aku berkata kepada aku.....
"lepas awak ambil keputusan,jumpa saya..saya nak beritau pasal tarikh repeat paper.."
masa ni...dunia gelap seketika~~~ rasa mahu pengsan!!! aku gagal?? huuu~
di meja pensyarah
coordinator aku bersama mentor aku dua-dua di hadapan aku ketika ini.macam nak kena soal siasat pula...
coordinator : haa..aifa awak rasa apa subjek yang awak tak boleh buat?
aku : errr..semua subjek sir.....
coordinator : yang awak rasa awak tak dapat jawab?
aku : errr...semua sir...
coordinator : takkan lah semua...yang paling?!
aku : err...OTAF sir..sebab dia tough! (susah)
mentor : OTSH awak tu macam mana?!!!
aku : haaa!! saya gagal OTSH!! tidak!!!!
mentor dan coordinator : tersenyum sinis.. pffss~
aku : nak nanges =.=
mentor : TAHNIAH!
aku : apa sir?
Mentor : TAHNIAH!
aku : TIPU!
coordinator : TAHNIAH!
aku : TIPU!
coordinator dan mentor : Ish budak ni!!! nak saya hantar ke BPL balik suruh gagal kan awak ke?!!!
terus mereka menunjukkan slip peperiksaan saya...
syukur...saya lulus dan semester ni saya meningkat!! walaupon tidak mendapat '4 rata' tetapi,saya bersyukur....
saya akan berusaha dari selangkah demi selangkah untuk mengecapi kejayaan...
insyaAllah :)
semester ni aku mendapat pointer 3.35 ..... semester depan macam mana pula?? semuanya berada di tangan awak aifa..
"jikalau ada usaha,di situ ada kejayaan"
"jikalau di situ ada kegagalan,di sana pasti ada pengajaran"
jadikan sebuah kegagalan sebagai asas untuk kita berjaya :)
kasih sayang oleh ;