pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Friday, May 6, 2011

bersyukur di beri peluang..


assalammualaikum dan salam sayang semua..agak lama ye aifa x update blog ni..tapi..oppss terupdate pulek..ki3!!

firstly...aifa nak ucapkan tahniah kepada candidate SPM dan STPM yang berjaya melanjutkan pelajarn ke universiti....kepada yang tidak berjaya tu,jangan putus asa ok...kak aifa ni mahu sharing mering sikit pasai pengalaman kak aifa....hehe tapi bukan pasai kak aifa tak berjaya dalam SPM tau...pasai kak aifa punya result tak da lah gempak macam adik-adik sekalian...huhu

tapi,izinkan kak aifa berkongsi serba sedikit kepada adik-adik supaya adik-adik dapat jadikan ini sebagao satu sumber kekuatan dan semangat dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini...heheh!!!

ok..back to the topic,kak aifa juga penah merasa kehidupan yang kadang-kadang adik rasa tidak adil terutama apabila adik tidak dapat apa yang adik-adik mahukan..tetapi,adik-adik percayalah bahawa.. "Allah tahu apa yang terbaik untuk kita"..tu lah kata-kata penguat yang akak pegang selama nie...akak pernah merasai betapa kecewanya apabila menerima result SPM yang kurang memberangsangkan.....akak juga pernah mengalami tekanan yang sangat hebat!!!

adik-adik mesti berasa kecewa apabila penat lelah adik study dari kecil sampai besar tapi masa SPM adik,adik kurang mendapat keputusan yang cemerlang...
rasa macam nak tumbuk dinding je kan?? tapi kita jangan salahkan orang lain di atas kegagalan kita...salah kan diri sendiri..
macam tu juga akak.....
akak study..pegi tuisyen sana...beli buku latihan..
buat homework..
tak pernah ponteng..
tapi....
result SPM macam hampeh....
akak menyesal sebab sekolah akak MEWAJIBKAN kami untuk ambil 11 matapelajaran termasuk akaun..walaupon kami mengambil aliran sains tulen..
daripada 11 subjek,akak just dapat 5A je...sedih kan??
bila fikirkan balik,jangan lah salahkan sekolah sebab wajibkan 11 subjek..salahkan diri sendiri sebab tak cukup kuat study....huhu..

masa ambil result SPM tu,akak target akak dapat sekurang-kurangnya 7A ..tapi...mari kita salahkan diri sendiri lagi..sebab target terlalu tinggi!!!

bila balik rumah,tunjuk kat parents...hmm...kena condem habis-habisan!!
ok..mari salahkan diri lagi...sebab kita tak nak study rerajin dan parents kita dah keluarkan banyak duit bayar yuran tuisyen..uhhu..

ok...akak mengaku akak pada masa tu sangat-sangat tertekan sebab....sedara mara sume tanya results termasuk juga orang-orang yang ada anak sebaya dengan akak..
norma kehidupan rakyat malaysia yang suka sangat ambil tahu hal orang lain...lagi-lagi kalau keputusan peperiksaan keluar...

"timah : assalammualaikum midah...anak kau dapat berapa SPM?"

ayat common yang digunakan...

huhuh....terterkan jiwa raga kan adik-adik..

ok...akak nak tambahkan lagi kisah sedih akak kepada adik-adik..hehe!

semasa orang lain heboh pasal keluarnya keputusan kemasukkan ke matrikulasi..akak pon sebuk la gak nak check..dengan harapan dapat la tawaran tu....

ok...dulu tak mampu beli brodband jadi akak check guna hanpon je...

akak pon check la :

"harap maaf.Anda tidak berjaya untuk program matrikulasi"

OOoooo sadisnya hidupku.......

sekali lagi...

"timah : assalammualaikum midah...anak kau dapat tak matrik?"

aishhh orang yang sangat perihatin.... T_T

akak pon berkata lah dalam diri (monolog)

"tak apa aifa....maktab ada lagi..."

ok! keputusan maktab lak...check2!!!

"harap maaf..anda tidak berjaya"

oooo dunia ini sangat kejam.....musnah harapan untuk meneruskan legasi perguruan dalam keluarga akak :X

kali ni cik timah tak menyebuk sebab anak dia tak dapat tawaran ni..hahaha mari gelak reramai..

"tak apa aifa...UPU ada lagikan...mesti dapat"

ok...check3!!!!

masa check keputusan UPU ni aifa tengah holiday dengan family kat melaka..

"Permohonan anda tidak ada dalam sistem kami.harap maaf."

WTH!!!

Akak masa ni memang menangis tak berlagu sebab memikirkan masa depan akak yang gelap gelita....di saat semua rakan-rakan melakukan persiapan untuk ke universiti...akak hanya menangis kekecewaan...

ayah : ko kerja kat pejabat peguam tempat syera kerja part time dulu je la ika..

ayah perli ika ke?huhu!!! sedihnya!!!! kecik-kecik kena kerja! no way man!!!

mama : ika...cuba cek tingkatan enam..mana tahu dapat..

"tak apalah aifa...form 6 pon ley sambung degree lagikan" ayat positif..

check3!!!

kalau tak dapat ni memang badigol lah aku...

"Tahniah..anda berjaya ke tingkatan enam.sila daftar di SMK(P) TEMENGGOONG IBRAHIM"

ok...itu sekolah lame akak..bersedia menerima caci maki orang..hahah!!

senang cerita,orang lain masuk universiti,akak masuk form 6 aje....
memang banyak lah orang mempertikaikan kenapa akak masuk form 6 sedangkan result akak bukanlah teruk..orang 1 A pon boleh masuk universiti..tapi,rezeki masing-masingkan.... :)

seminggu akak di form 6 dan sempat merasa sesi orientasi di sekolah...

kemudian...

pengambilan fasa kedua program matrikulasi sudah keluar keputusannya..

check3!!!

"TAHNIAH! anda berjaya ke program satu tahun Matrikulasi"

alhamdulillah...tercapai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke tempat orang...
akak pon mendaftar masuk lah ke KOLEJ MATRIKULASI MELAKA untuk program satu tahun dan mengambil aliran SAINS FIZIKAL (terima seadanya) ..

di sana,akak belajar macam-macam...dan sangat seronok berjumpa dengan rakan-rakan yang sangat baik.....akak meneruskan pembelajaran di matrik sehingga lah tamat semester satu dan berjaya meneruskannya sehingga ke semester akhir iaitu semester 2..tapi,sepanjang di matrik..akak sentiasa memikirkan masa depan akak yang belum pasti.Oleh kerana akak mengambil aliran sains fizikal..sudah pasti akak mesti dalam lingkungan engineering kalau sambung degree...akak tak minat..huhu

akak mula melakukan back-up diploma UiTM....rezeki melimpah ruah....akak dapat 3 tawaran daripada UiTM serentak!

1. chemical engineering
2.indusrial engineering
3.foundation in law

kesimpulannya..akak menolak ketiga-tiga tawaran tersebut dan meneruskan pembelajaran di matrik disebabkan alasan-alasan berikut :

1.engeneering bukan bidang yang akak minat sebab akak tak suka lasak-lasak.
2.law bukan pilihan akak bukan kerana akak tak minat..akak minat sangat...just kalau ayah akak ada firma guaman sendiri tak apalah juga...huhu

dalam masa tu jugak,akak ada pergi temuduga untuk S.P.A...@ suruhanjaya perkhidmatan awam...akak berjaya dapat 5 pilihan bidang separa perubatan.

1.fisioterapi
2.jurupulih perubatan carakerja
3.juru x-ray
4.juruteknologi makmal perubatan
5.jururawat


akak pergi temuduga pon sebab suka-suka....lagipon akak minat bidang perubatan ni..so apa salahnya kita mencuba...rezeki jangan di tolak...

di kuliah.

KRINGGG~~~KRINGGG~~ (sound effect telefon)

mama : ika!! kau dapat masuk SPA!!! course jurupulih perubatan carakerja!!

OK!!

masa ni perasaan akak bercampur baur!!!

"Ya Allah..syukur di atas rezeki yang melimpah ruah yang kau berikan..tetapi..tunjukkan lah aku keputusan yang terbaik buat diri ku dan masa depan ku!"

akak masa ni tatau nak buat keputusan macam mana..memandangkan akak dah selesa dengan kehidupan di matrik....dah nak habis belajar pon...huhu lagi 4 bulan nak habis!!

tetapi..berkat nasihat....solat istikharah yang akak buat..akak akhirnya dapat membuat keputusan dengan akal yang waras...

akak mengambil keputusan untuk meninggalkan matrik dan menerima tawaran SPA yang menjamin masa depan akak....demi keluarga tercinta...

akak listkan kebaikan akak menerima tawaran SPA ni :

1.dapat elaun RM620 sebulan
2.comfom dapat kerja mengikut course yang akak dapat.
3.akak memang minat bidang perubatan..walaupon tak dapat jadi doktor.
4.dapat elaun pakaian,tempat tinggal.elau alat tulis..syokk!
5.dapat tolong family kalau dah kerja nanti
6.dapat kerja dalam usia yang muda..insyaallah kalau berjaya,akak akan graduate pada usia akak 21 tahun :)

"Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita"

"Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya"

kepada adik-adik yang kecundang semasa SPM seperti akak..janganlah berputus asa..sebab..pasti ada hikmah di sebaliknya...yang penting..mesti ada usaha dan semangat untuk sambung belajar..tak kisahlah kita ambil diploma ke..degree ke..sijil ke..yang penting SAMBUNG BELAJAR! kalau tak,nanti kita ni mudah ditundukkan...

"Carilah ilmu sehingga ke negeri cina"

ntah betul ke tak aku punya peribahasa ni..hahah layan~~









kasih sayang oleh ;

4 comments:

Bella Zulkapli said...

yeayyyy tudiaa kakak aifaa kita bermotivasi
!!!! congrats babe..!

Aifa Afiqah Sulaiman said...

bella...hahahha!!! tibe-tibe ase nak kongsi cerita sedih zaman dulu-dulu..ki3!!!

amar said...

oo, dulu kita satu matrik

Aifa Afiqah Sulaiman said...

amar..yup...dulu kte mmg satu matrik :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...