pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Friday, May 13, 2011

Nukilan buat si pari-pari (apabila cik aifa menitiskan air mata)

salam sayang semua.....mood aku hari ni tak berapa elok memandangkan aku baru sahaja !#@$@%....bukan mencarut..tapi biasalah remaja...sentiasa bergelumang dengan kisah duka percintaan...


kenapa aku suka dengan dunia khayalan,

sebab dekat dunia khayalan..semuanya indah-indah belaka,,....kisah percintaan mereka sangat indah....aku tersangat menginginkan sebuah cinta yang paling indah...aku tahu cinta pada Allah adalah cinta paling indah.tapi aku seperti remaja lain..mempunyai perasaan untuk mencintai dan dicintai...aku dari kecil sampai dah besar gedabak ni mengimpikan untuk hidup dalam dunia khayalan..kawan-kawanku sering berkata..."aifa ko ni,asek dengan dunia khayalan ko aje"
yup..memang aku tak nafikan kite mesti hidup dalam dunia realiti.tapi alangkah indahnya jika dunia realiti seperti dunia khayalan.

kenapa aku suka dengan dunia khayalan,

sebab dunia khayalan dapat memberikan aku semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...aku akan menghargai setiap detik yang aku lalui...sebelum menempuhi hari seterusnya,aku akan mengidamkan hari esoknya adalah hari yang indah dan sesuatu keajaiban akan berlaku.mungkin semua orang yang mengenali aku tahu bahawa aku seorang yang ceria dan happy go lucky..tapi sebenarnya aku juga seperti remaja perempuan yang lain.

kenapa aku suka dengan dunia khayalan,

sebab di dunia khayalan...aku tidak akan menangis kekecewaan dengan sikap manusia yang sering menyakiti hati kita.aku menjadikan hari-hariku seperti di dalam dunia khayalan sebab itu lah aku sentiasa tertawa dan senyum walaupon hati aku sering di lukai dan dikecewakan.tetapi aku akan menangis jika aku berasa benar-benar sedih terutamanya berkaitan orang tersayang.Aku sedaya upaya untuk tidak menangis..tetapi sudah nama perempuan..tidak lari dari air mata.aku akan menangis dalam hati.biar tiada siapa tahu apa yang aku rasa.

kenapa aku suka dunia khayalan,

sebab dengan dunia khayalan aku rasakan tiada pengakhiran yang menyedihkan dan mengecewakan....jika yang benar itu benar dan jika yang salah tu sudah terbukti salah...di dunia realiti,yang benar dipaksa mengaku salah dan yang salah terus bermaharaja lela....maka yang salah hanya berdiam diri dan di label sebagai pesalah sampai bila-bila.

kenapa aku suka dunia khayalan,

sebab...dengan dunia khayalan aku dapat katakan apa yang berada di lubuk hatiku..biar tiada orang memahami apa yang aku fikirkan...ye..aku seorang yang sukar untuk difahami..aku akan menangis tanpa aku tahu sebabnya untuk diceritakan pada orang..aku akan tersenyum jika aku rasa sesuatu itu indah buat diriku.mungkin aku sedang menangis seperti bayi pada masa ini..tetapi orang lain melihat aku seperti seorang kanak-kanak yang gembira mendapat gula-gula.yup.itu aku.

kenapa aku suka dunia khayalan,

sebab dunia khayalan membuatkan aku seorang yang berjaya di dunia realiti.dunia khayalan yang mengajar aku untuk terus berusaha.dunia khayalan lah yang mendorong aku untuk terus aktif dari sekolah sehingga di kolej.dunia khayalan yang mendorong aku untuk mencapai segala impian aku..dunia khayalan lah yang mencetuskan idea-idea yang kreatif ang aku hasilkan dan dunia khayalan lah yang mendorong aku untuk mencari sesuatu yang baru agar menjadikan kehidupan ini snagat bermakna.


akhir sekali.....

mungkin aku bukan seperti cinderella yang cantik.....mungkin aku bukan snow white yang mempunyai kekasih hati yang rela berkorban untuk selamatkannya dari epal yang beracun.....mungkin aku bukan seperti sleeping beauty yang tidur dan bangun dengan pengakhiran yang manis.....tapi aku adalah seorang manusia biasa yang sentiasa mengimpikan sebuah kehidupan yang manis dan indah seperti di dunia khayalan.


p/s : nukilan yang paling jujur pernah di hasilkan.sekian :(

kasih sayang oleh ;

2 comments:

Mohd. Shafiee Bin Mohd. Desa said...

Memang dunia khayalan indah belaka... tpi dunia khayalan xkn dpt beri kita pengalaman n pengajaran hidup... knpa ada pahit?? sbb klu terlampau manis kita akn lupa... kdng2 dlm hidup x perlu kn manis semata2... sbb manis 2 racun.. yg pahit itu penawar....

Aifa Afiqah Sulaiman said...

giler la ang piee..betul gak kate ang tu..tapi nth lah...aku bukan seorang y kuat nk hadapi bnda2 y mengecewakan ni..hihi...tp tak pe aku akn berubah demi anak2 tercinte.BAHAHHA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...