salam sayang semua...entry aifa kali ni nak havoc-havoc pasal KAMPUNG vs KUALA LUMPUR.
bila sebut sahaja pasal KAMPUNG...ada segelintir umat manusia akan membuat mimik muka yang menjelikkan.....ada ke patut...korung ni kan.....sepak-sepak baru tau....
mari kita saksikan panorama dan norma kehidupan segelintir rakyat malaysia berkenaan kampung dan kuala lumpur.
_______________________________________________
di Kuala Lumpur :
"hai...saya KT...i asal dari key ell...nice to meet you darl.."
di Kampung :
"oii tijah wei......tak cukup kain ke nak buat baju kat kolumpor tuu..."
-----------------------------------------------------------------------------------
di Kuala Lumpur :
"euwww....ape ni...i tak suke lah bau durian ni...so smelly you know.."
di kampung :
"oiii tijah oii.....jangan ekau curi doyan blakang uma eden tu....kang pak mat pogi kojar ekau kang!"
--------------------------------------------------------------
di kuala lumpur :
"ishhh...panas nye kat key ell ni...i rimas lah..nanti hitam pulak i.." (padahal memang dah hitam)
di kampung :
"oiii tijah oii......pogi amekkan omak ekau punya sabit....moh ler kite ke sawah.."
---------------------------------------------------------------------------
di kuala lumpur :
"you ni...ketinggalan zaman lah...tengok lah i...cantik je setiap hari...mata cantik..hidung cantik..bla..bla.."
di kampung:
"oiii tijah oii......muko ekau kalau tak pakai make up serupa hantu kak limah oii...."
---------------------------------------------------------------------
di kuala lumpur :
"erm...hye...yes..yes....err...KT..."
di kampung :
"ekau ni tijah...omak suro ekau blajor betul-betul ekau nolak....kan sekarang ekau tak pandai cakap omputih....omak dah pesan..nak g kolumpur kena lah pandai cakap omputih sikit-sikit...ni tidak..yess..yess..no..no...tu jo lah ekau tau...itu lah pontengnya english education..."
------------------------------------------------------------------
mungkin bukan semua rakyat malaysia yang seperti di Tijah seperti dalam dialog di atas.tetapi..pernahkah korunk berjumpa dengan orang yang spesis tijah ini?aku mengaku aku pernah jumpa dengan orang yang sebegini.Asal dari kampung tetapi malu untuk mengaku dia berasal dari kampung.
apa teruk sangat ke kampung ni?
ada yang berkata orang kampung ketinggalan zaman,seperti katak duduk dalam tempurung..tetapi aku juga berasal dari kampung.dan aku tidak malu untuk mengaku yang aku ni orang kampung.
korunk tengok,orang kampung macam aku pon pandai berblogging,pandai berfacebooking,pandai tweetering...ape ring2 ag ek?? aishh...orang kampung sekarang tak boleh nak di pandang rendah...mereka sekarang lebih berjaya dengan hasil pertanian mereka...kraftangan mereka..sampai ke luar negara....aish...syukur menjadi orang kampung..
orang yang bermentaliti seperti Tijah di atas yang menganggap kampung tu ORTODOKS, dia tu yang sebenarnya kekampungan.tidak mengerti nilai kehidupan langsung.cewaahh...hehe..
kalau korunk nak tahu,di bandar-bandar besar dimonopoli oleh orang kampung sebenarnya..mereka lah yang menyumbangkan tenaga untuk membangunkan bandar-bandar besar tersebut.manakala yang tidak berbuat apa-apa tu lah yang poyo cakap kampung tidak standard or bla..bla...hey babe..im also kampung girl (macam kampung boy laks) and now im studying at KL..but i never forget my kampung ok....hey girls..proud la sikit jadi orang kampung...
ooww bila bercerita pasal kampung-kampung ni aku teringat cerita CUN...oii best giler...romantik comedy~sesiapa yang belum tengok tu,tengok lah ye.tengok macam mana kampung tu sebenarnya dan isi-isi di dalamnya.
SOOOO.......persoalannya di sini...korunk macam Tijah tak?cepat mengaku!!
p/s : entry ni di tulis apabila terbaca status FB seseorang dan terima kasih kepada beliau kerana berjaya memberi aku idea untuk menulis blog malam ni :)
cik aifa afiqah
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
tel.:
fax:
aifaafiqah@yahoo.com
http://www.aifaafiqah.blogspot.com/
2 comments:
alahaaii... apehal la tijah ni...
sebab tijah cultural shock..hahahha
Post a Comment