pari-pari Aifa

About Me

My photo
perempuan yang hidup dalam kenangan :)

Tuesday, May 24, 2011

nilai sendiri sikap anda semasa menaiki train.

salam sayang semua.....
entry malam ni sebelum aifa bobok (tidur) aku nak cerita sikit pasal gelagat-gelagat manusia semasa menunggu,memasuki,dan keluar dari kereta api....aku spesefikkan kat sini KTM lah ok...KTM tu apa?KTM tu keretapi Tanah Melayu lah sayang oiii.....

KTM adalah satu pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia.KTM sesungguhnya memudahkan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu berhadapan dengan masalah kesesakkan di jalan raya.Tetapi...dengan adanya kemahiran OBSERVATION yang aku telah pelajari di kolej..aku telah memerhatikan gelagat rakyat malaysia semasa menunggu train,semasa menaiki train,semasa di dalam train dan semasa keluar daripada train..Aku sebagai pelajar yang baru setahun jagung hidup di negeri orang telah memerhatikan gelagat rakyat malaysia di stesen KTM..wahh ada gaya karam singh walia tak aku?ececehhh~~ ehem-ehem..tidak perlu skema-skema ye aifa...hehe

ok back to our topic for tonite.......memandangkan baru setahun lebih aku mengenali apa itu KTM,omjay..aku ketinggalan zaman..ade aku kesah bai? pffss~

my first impression about this public transportation was.....


"Oh my~~~~ cam neh nak nak beli tiket ni~~~"

"Oh My.....cam neh nak masokkan tiket nie...nak cocok kat ne neh.."

"Oh My...what should i do after aku masukkan tiket ni..."

"Oh My....what the hack tak boleh tolak penghadang neh...oh my..aku terbalik masuk tiket neh..malu neh..."

"Oh My..nak masuk train macam ne neh,guna kaki mana neh~~"pffs..

suitable word for me mase ni adalah...

JAKUN

Tapi thanks pada my seniorita dan senior sebab mereka-merekalah yang ajar budak jakun macam aku ni naik train..haha....berjasa mereka kepada aku..hehe..

so,dengan bangga nya aku telah dikurniakan keberanian untuk menaiki train secara berdikari..yesss! i did it!! bahahah~ jakun sungguh~

BUTT! no i mean, BUT!

masih lagi ada TETAPI di sini....

ehem-ehem..rakyat malaysia terkenal dengan sifat nya yang~~~ (ok sambung anak-anak..)

SOPAN SANTUN!! KETIMURAN! ye....pandai anak-anak.....hehe..

so..masa nak naik train tu,kena lah ada sifat-sifat terpuji itu..barulah melambangkan WE ARE MALAYSIAN!! yup im proud to be MALAYSIAN!

haisshhh...tapi tidak semua yang macam tu~~~ jom kita lihat komik kartun rekaan CIK AIFA yang comot-comot macam budak kecik baru pandai melukis :)




alahai...beginilah rakyat malaysia....sabar mereka menunggu train sampai...ada yang baca surat khabar,make up di tepi landasan (make up senang cair sebab panas),gosip dan mengumpat,cuci mata...macam-macam ragam....kalau ada perempuan cantik sikit pakai pakaian vouge mulalah.. "wei..tengok tu..baju dia..".."wei..tengok make up dia.." aktivti common yang biasa dilakukan oleh wanita-wanita perihatin sebelum train sampai...jom kita buat aktiviti berfaedah selain dari mengomel sana sini...
cadangan untuk pihak KTM : sediakan majalah/sudut membaca..(macam dalam kelas pulak) XD



haa...yang ni part paling aku TIDAK suka!!!! berebut-rebut nak masuk train!!! hello...tiada sivik ka mahu beratur??aku faham..mereka-mereka berebut tempat duduk,tapi redha je lah kalau tak dapat pon.asalkan dapat naik.aku paling gerun kalau keretapi tinggal aku...aishh pemikiran paranoid aku,belum aku sempat melangkah masuk,train dah jalan...FINAL DESTINATION gitu...pernahkah berlaku??haha...then,aku kesian lah beb tengok OKU (orang kelainan upaya),pregnant woman atau warga emas yang terpaksa bersaing dengan anak-anak muda nak masuk train...heyy young people..tenaga korang tu 100x ganda lebih daripada mereka teristimewa ini,so..why not korang bagi laluan pada mereka dulu....bayangkan mereka-mereka ini part of ur family..sanggupkah melihat mereka di toloak-tolak...di injak-injak sampai jatuh oleh orang lain..tak nak kan??so respect pada mereka..nak je aku babap sorang-sorang kalau yang main tolak orang-orang teristimewa ni...ada belajar moral dan sivik kan?
lagi,aku nak cakap nie...korang sebenarnya nampak tak signboard COACH WANITA?? aishh buta lah kalau tak nampak tu....yang hang lelaki dok main serbu masuk jak kenapa?gelabah lah beb...tapi aku tahu,majoriti yang masuk woman coach ni orang asing...agaknya diorang faham tak kalau aku cakap,
"hello sir,this is woman coach..please move to the other coach or i will kick out you from this train.." (english aku amat teruk) =.='



aishh bila dah dapat masuk train,hati aku tenang...lagi-lagi kalau dapat duduk...tapi aku paling bengang kalau...ada orang yang uzur berdiri dan ada orang yang muda dan sihat walafiat dok buat muka tak bersalah sambil duduk makan cekelat...hey beb,buta atau buat-buat tak nampak??bagilah mereka duduk....kesian beb tengok mereka...
ok korang yang MUDA-MUDA belaka nie,bagi tempat duduk dalam train jika korang nampak PREGNANT WOMAN,OKU,WARGA EMAS.please beb...bagi diorang duduk ok...tak salah kita melakukan kebaikan..kelak kita akan di balas dengan kebaikan juga..tiada rugi apa-apa pon ok :)
NEXT! aku geram kalau orang buat onar depan aku!!! tidak kiralah mereka berasmaradana atau bergaduh sama boiprennn~~ cisss aku rasa mahu humban mereka keluar train!
pernah lah suatu ketika tu aku keluar dengan rakan aku..then kitorang duduk lah..depan kitorang ada couple...YA ALLAH....dosa mata aku melihatmu! diorang boleh pulah french kiss depan aku?!! oiii aku belajar kat SELANGOR,MALAYSIA atau aku belajar dekat LONDON? hormat lah sikit....kita kan rakyat malaysia..mana perginya rasa malu anda tu ha??! ada pulak budak kecik umur 5-6 tahun dok memerhati gelagat couple tu..kalau aku jadi budak kecik tu..mesti aku sound..
"hey abang..kakak...nak tempah bilik hotel tak?''
aku nak menegur perbuatan diorang tu,tapi aku takot silap-silap aku yang kena flying kick dengan boiprennya yang macam bonzer tu..mak aihh..tegur guna hati je lah...huhu~
so,korang ni kan....tanamkan sikit rasa hormat pada orang lain...semaikan iman dalam diri....kuatkan pegangan agama....huhu~


yang ni pon sama..tak habis-habis dok berebut keluar train..yang ni nak keluar,yang ni nak masuk..akhirnya aku dok tersekat di tengah-tengah.....pening aku..kadang-kadang aku punya shawl sampai tertarik...keluar train jadi selekeh nak mampus..aish...malas aku nak cakap lagi...masing-masing dah besar,boleh fikir sendiri...~


itu sahaja bebelan aku pada malam ni....salam sayang..popai~

p/s : esok result keluar..doakan aku berjaya ok :)



kasih sayang oleh ;

6 comments:

efahmustaffa said...

mmg mkin trk dunia skrg..

Aifa Afiqah Sulaiman said...

tu la..dunia akhir zaman..huhu

Noor Fatin said...

dah lama xnaik ktm. dlu masa naik xde lagi yang girl n boy pnya tempat tu.. hehe. berebut2 itu yg utama. adoii. sampai terkepit2. dah xmuat pun still ramai org berhimpit2 sampai xleh nak bernafas. sabar je la.. huhu

Aifa Afiqah Sulaiman said...

heheh...fatin..betol tu..sesak nafas!! macam tin sardin =.='

Unknown said...

hahhaha. betul betul. gatal sangat agaknya. p tempah hotel ha aifa belanja. hikhikk :p

Aifa Afiqah Sulaiman said...

hahahha aifa belanja jumpa tok imam jep...gatal sangat nak kawen..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...